Go

Neutering Aid For 1 Cat In Sentul (Nor Azaniza Bt Mismans)

 


We have sponsored RM60 for the neutering of this cat.



Selamat malam,
Semoga doktor berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
      Saya Nor Azaniza bt Misman, telah memandulkan (neuter) seekor kucing di klinik pada 02/10/2017 (Isnin). Tujuan saya  memandulkan kucing tersebut adalah untuk menyelamatkan  dan membela nasib kucing-kucing terbiar, teraniaya dan untuk kesihatan kucing tersebut. Untuk makluman doktor, kucing ini adalah kucing terbiar (stray) di kawasan rumah saya dan tidak mempunyai tuan. Ibunya juga adalah kucing terbiar.
    Pada awalnya iaitu pada tahun 2016, ibunya datang di kawasan belakang rumah saya. Setiap hari,  saya berikan makanan. Tidak lama kemudian ibunya bunting dan melahirkan empat (4) ekor anak iaitu 3 betina dah seekor jantan. Saya letakkan di dalam kotak di kawasan belakang rumah saya. Selepas berpisah susu, saya telah memandulkan ibunya dan saya melepaskan di kawasan rumah saya. Setelah cukup bulan, anak-anaknya pula saya mandulkan  dan saya melepaskan di kawasan rumah saya sepertimana ibunya. Tiga ekor betina saya telah mandulkan yang mana saya pernah membuat tuntutan dengan doktor sebelum ini. Dan kini giliran yang jantan (tamtam) saya mandulkan.  Selepas beberapa hari dimandulkan keadaan kucing jantan tersebut  berada dalam keadaan sihat dan cergas. Saya berharap dengan cara ini saya dapat membela nasib kucing-kucing terbiar ini dari terus membiak dan teraniaya.
    Bersama-sama ini dilampirkan gambar kucing jantan  tersebut sebelum dan selepas pemandulan dilakukan dan resit bayaran pemandulan (nombor resit 00688) untuk rujukan pihak doktor. Resit asal akan saya pos ekspress dengan segera.
     Diharapkan permohonan tuntutan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak doktor. Keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh pihak doktor amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,
Yang benar,
Nor Azaniza Binti Misman



Source: https://myanimalcare.org/2017/10/13/neutering-aid-for-1-cat-..



 

avatar

AnimalCare

AnimalCare is a registered society that promotes caregiving to street animals and helps in their neutering and medical needs. AnimalCare has a Medical Fund, Food Fund and Education Fund.

More Articles   |   Pets For Adoption   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.