Neutering Aid For 1 Cat In Johor Bahru (Maya Saphira Bt Amir Hamzah’s)
Tweet |
We have provided an aid of RM100 for the neutering of this cat.
Selamat petang Dr Chan,
Saya ingin memohon subsidi kos pemandulan untuk seekor kucing betina.
Ibunya kucing stray telah datang ke kawasan rumah saya pada bulan September 2018 dan melahirkan 4 ekor anak. Seekor jantan dan 3 ekor betina.
Saya telah mandulkan yang jantan (Kos sendiri)
2 ekor telah dimandulkan dan claim subsidi dari Dr Chan :-
– Ibu (25 Januari 2019)
– Anak kucing betina pertama (18 Jun 2019)
Permohonan subsidi kali ini adalah untuk anak kucing betina yang kedua. Kesemua ibu dan anak-anak saya bela sendiri kerana tiada adopter yang mahu mengambil mereka.
Bersama-sama ini saya sertakan gambar kolaj kucing ini. Sebentar lagi, saya akan poskan resit dan borang pemandulan untuk tindakan lanjut Dr Chan.
Semoga Dr Chan dapat membantu subsidi kos pemandulan kucing ini.
Terima kasih.
Yang benar,
Maya Saphira Binti Amir Hamzah
Source: https://myanimalcare.org/2019/08/05/neutering-aid-for-1-cat-..
Tweet |
Facebook Comments