Go

Neutering Aid For 1 Cat In Temerloh (Fadziliyaton Bt Lajim’s) & Updates

 


We have provided a full sponsorship of RM80 for the neutering of this male cat.

Puan Fadziliyaton submitted claims for 2 females and 1 male but the 2 females’ ears were not notched, so we are unable to help.

She has provided updates of her previous cats later (since 2017).



Selamat petang Doktor Chan,
Saya ingin memohon subsidi pemandulan untuk 3 ekor kucing jalanan seperti gambar tertera
Bersama ini saya sertakan salinan borang permohonan dan resit untuk tindakan selanjutnya.
 Sekian, terima kasih
Kucing jalanan tersebut telah saya selamatkan  dari pasar dalam keadaan sakit mata dan selsema yg teruk. Sila Abaikan tuntutan 2 ekor kucing betina seperti gambar di kolaj semalam kerana telinga mereka tidak di snip. Jika ingin di snip kos tersebut perlu di bayar semula kerana perlu di bius semula.
Sekian, terima kasih
Yang Benar
FADZILIYATON BINTI LAJIM
Previous cats:
Ye saya telah menerima bantuan subsidi dari My AnimalCare untuk pemandulan 9 ekor kucing.  Bantuan tersebut amat saya hargai.
Status kucing-kucing tersebut  adalah seperti berikut:-
1. Ngango (dalam jagaan saya) April 2017
2.  Olie (mendapat penjaga baru) April 2017
3. Joya (dalam jagaan saya) Julai 2017
4. Che Ta (dalam jagaan saya ) Julai 2017

5. Tami (dalam jagaan saya ) Julai 2017

6. Capuk(telah mati mengejut)  Sept 2017
7. Teja (telah mati mengejut)  Sept 2017
8. Jery (mendapat penjaga baru) Nov 2017
9. Tuah ( dalam jagaan saya)  Nov 2017
Bersama ini di sertakan gambar 5 ekor kucing yang masih dalam jagaan saya. Mohon maaf tiada gambar kucing yang telah mati dan yang dalam jagaan penjaga baru.
Terima kasih atas perhatian dan bantuan Doktor.  Segala kerjasama amat saya hargai.
semasa kematian Capuk dan Teja saya berada di luar kawasan,Mereka mati di awal tahun 2018. Teja  mati selepas sehari kematian capuk. Sebelum kematian, mereka dalam keadaan sihat sahaja dan saya lepas kan bebas di luar rumah. Semua kucing yang saya mandulkan saya akan pastikan diberi vaksin terlebih dahulu.  Setelah mati kakak saya menanam bangkai mereka, Oleh itu saya tidak mengetahui punca sebenar kematian mereka. Hanya itu yang dapat saya maklumkan buat pengetahuan doktor.








Source: https://myanimalcare.org/2019/12/27/neutering-aid-for-1-cat-..



 

avatar

AnimalCare

AnimalCare is a registered society that promotes caregiving to street animals and helps in their neutering and medical needs. AnimalCare has a Medical Fund, Food Fund and Education Fund.

More Articles   |   Pets For Adoption   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.