Pernah tengok kucing yang mempunyai telinga seperti ini?
Kucing-kucing ini telah di 'ear-tipped' atau 'notch'. Ini menunjukkan kucing ini telah dikembiri (dimandulkan). Perubahan ini dilakukan semasa pembedahan yang sama. Ini adalah sebahagian daripada process TNRM, Trap-Neuter-Release-Manage (tangkap-kembiri-lepas-pantau)
Kucing-kucing ini tidak akan ditangkap semula atau dihantar ke pusat pengurungan kecuali sakit. Kucing-kucing ini seharusnya dibiarkan di komunitinya agar kucing-kucing lain dari komuniti lain tidak akan masuk ke dalam komuniti tersebut.
Jika awak tak suka kucing pun, kucing-kucing TNRM ada tugas penting yang perlu dilaksanakan bagi memastikan komuniti kita selesa