Go

Anjing Marmar Yang Cedera Parah Akibat Langgar Lar..

 




Anjing Marmar yang cedera parah akibat langgar lari dengan sengaja tempoh hari sebelum Aidilfitri kini sedang dalam proses pemulihan selepas rawatan dan pembedahan.

Anjing Marmar diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Mali dari Nilai Negeri Sembilan. Kecederaannya ialah patah tulang Pelvis dan pecah Ovari menyebabkan ibu anjing ini sudah tidak mampu berjalan dengan baik dan tidak boleh buang najis secara normal lagi. Anjing Marmar telah dirawat manakala kos pembedahan dan perubatannya sebanyak RM2,280.00 dibiayai Animal Malaysia.

Animal Malaysia berterima kaseh kepada Saudara Mali kerana sudi jadi penanggungjawab untuk pelihara Anjing Marmar. Bukan mudah menguruskan anjing dengan keadaan cedera parah yang menyukarkan anjing buang najis cara normal.

Terima kaseh kepada semua yang terlibat bantu beri peluang kepada anjing Marmar untuk hidup kali ke dua. Animal Malaysia akan dihadiahkan set kerusi roda untuk Anjing Marmar bergerak jika ada komplikasi akan datang.

Justeru siapa mahu sama-sama bantu Anjing Marmar untuk berikan kerusi roda, bekalan makanan harian dan kelengkapan lain. Amatlah dialu-alukan. Hantar ke base Animal Malaysia di Segambut.

Untuk sama-sama ringankan beban kos kehidupan harian anjing Marmar. Boleh bank in / transfer ke akaun :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Reference : ‘Anjing Marmar’

Rujuk post kisah anjing Marmar :

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1267762726764258/

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1268691073338090/

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.