Go

Penangkapan Anjing Dengan Menendang, Memukul Dan M..

 



Penangkapan anjing dengan menendang, memukul dan menumbuk secara zalim beginilah yang membuatkan seluruh rakyat pencinta haiwan marah.

Garis panduan tangkapan berperikemanusiaan telah wujud sekian lama. Masih ada vendor, kontraktor penangkap haiwan dan pihak yang makan upah tangkap anjing tidak menjalani Kursus Pengurusan dan Tangkapan Haiwan Jalanan supaya kaedah tangkapan haiwan anjing difahami dan dipertingkat.

Tangkapan begini dikesan dilakukan di UiTM Pasir Gudang, Johor. Sama ada ia dilakukan oleh penangkap haiwan berdaftar atau penangkap haiwan haram tidaklah dapat dipastikan.

Animal Malaysia mahu pelaku bodoh dan kejam begini diheret ke mahkamah bagi menentu sahkan sama ada tangkapan dibenarkan mengikut peraturan-peraturan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015. Jika ianya bertentangan dengan garis panduan ditetapkan Lembaga Kebajikan Haiwan. Wajar pelaku bodoh ini diheret ke mahkamah dan diterajang ke penjara.

Mari kita dengar apa komen Lembaga Kebajikan Haiwan !

Jangan biarkan spesis zalim begini berlegar di Malaysia.

#uitmjohor #uitmpasirgudang #uitm #stray #dog #animals #straydogs #strayanimals #animalmalaysia #malaysiaanimals #saveourdogs #saveouranimals #saveourstray #malaysiaanimalassociation #illegalcatcher


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/5678458273268..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.