Go

Seekor Lagi Anjing Parah Menyamai Kes Kucing Dawai..

 




Seekor lagi anjing parah menyamai kes Kucing Dawai dan Anjing Dawai ditemui. Namun kali ini luka parah dikesan dibahagian leher yang menampakkan kesan belahan hingga kelihatan daging leher.

Animal Malaysia menyeru mana-mana rescuer berdekatan Dengkil, Selangor untuk bantu seekor anjing luka parah di leher seperti kesan jerutan lama.

Lokasi di kawasan Rehat dan Rawat Lebuhraya Shah Alam ke KLIA (Arah Selatan) di Dengkil.

Penyelamat haiwan berdekatan boleh hubungi Saudara Ray di talian +60122159394 untuk bantuan tunjuk arah dan bersama menangkap anjing cedera ini.

Animal Malaysia menamakan anjing ini sebagai ‘Anjing Leher’ memandangkan kondisi leher yang luka membelah dan parah.

Usaha tangkapan telah dilakukan pengadu sebelum ini namun gagal kerana Anjing Leher tidak mempercayai manusia dan lari ketika cuba didampingi.

Sukarelawan yang mahu menangkap anjing ini juga boleh laporkan kepada Animal Malaysia mengenai hasrat tersebut untuk mengelakkan gerak kerja bertindih.

Bulan Oktober 2019 menyaksikan insiden Kucing Dawai dan Anjing Dawai yang parah akibat perbuatan khianat manusia jahat.

#dog #straydog #saveourdog #saveouranimals #saveourstray #stray #animalcruelty #cruelty #animals #animalmalaysia #malaysiaanimal #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.