Go

Terima Kasih Kepada Semua Rakyat Malaysia Pencinta..

 




Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia pencinta haiwan seluruh negara yang bersatu padu berusaha bantu Kucing Dawai hingga selesai rawat di Vet. Inilah keadaan Kucing Dawai sekarang selepas rawatan. Kucing Dawai masih meneruskan rawatan intensif secara daily dressing dengan vet untuk pastikan luka parah yang dialami pulih. Rawatan dressing ini akan berjalan setiap hari selama satu bulan berturut-turut untuk mengelakkan jangkitan kuman berlaku semula.

Kucing Dawai adalah mangsa kezaliman manusia biadap. Kucing Dawai adalah kucing stray yang mendiami kawasan Blok A Desa Pandan Kuala Lumpur. Kucing Dawai diberi makan oleh peniaga-peniaga disekitar kawasan berdekatan. Namun Kucing Dawai didapati menghilang diri berminggu lamanya dan ditemui dalam keadaan perut Kucing Dawai diikat ketat dengan dawai hingga hampir putus.

Kutipan untuk bantu Kucing Dawai diterima Animal Malaysia adalah sebanyak RM3,000.00 dibelanjakan untuk kos rawatan veterinar, pemandulan, dressing luka harian di vet ulang-alik setiap hari selama sebulan, makanan untuk tiga bulan serta upah penjagaan khusus dan pemantauan khusus untuk kucing dawai selama tiga bulan sebelum boleh Kucing Dawai diserahkan kepada adopter berminat akan datang.

Animal Malaysia sudah mengenal pasti dan mengenali pelaku hasil maklumat orang ramai di sekitar tempat habitat Kucing Dawai. Namun maklumat tersebut hanya boleh dikategori sebagai ‘mengesyaki’ sahaja kerana tiada bukti visual dan saksi mata kelakuan. Buruan suspek pelaku masih giat dilakukan. Diharapkan pelaku insaf dan tidak menzalimi kucing lain selepas ini. Tak dapat tak apa. Jika dapat pelakunya bersiaplah untuk ditendang ke penjara.

Rakyat Malaysia yang mahu terus bantu Kucing Dawai adalah dialu-alukan. Bantuan makanan Kibbles dan wet food juga digalakkan untuk survival Kucing Dawai selama tempoh tiga bulan. Bantuan makanan boleh disalurkan ke pejabat Animal Malaysia. Boleh Whatsapp untuk lokasi penghantaran bantuan makanan.

Manakala sumbangan kewangan untuk Kucing Dawai boleh disalurkan ke akaun :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Bank : Affin Bank Berhad

Reference : KUCING DAWAI

Whatsapp : +601120901097 (Whatsapp Sahaja)

Terima kasih rakyat Malaysia! Solidarity untuk Kucing Dawai!

#kucingdawai #stray #straycat #animal #cruelty #animalcruelty #saveourstray #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimal #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #dvs

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.