Go

Beginilah Senario Nasib Haiwan Jalanan Seperti Anj..

 



Beginilah senario nasib haiwan jalanan seperti anjing dan kucing. Ada sahaja aduan kacau ganggu. Pemandangan tangkapan begini akan dapat dilihat.

Di Malaysia ada dua golongan. Pertama ialah masyarakat yang tidak senang dengan kehadiran haiwan gelandangan atau haiwan peliharaan. Kedua ialah masyarakat yang sering berkompromi dan boleh berkongsi hidup dengan haiwan gelandangan atau haiwan peliharaan.

Namun wujud prinsip ‘double standard’ oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap layanan haiwan jalanan atau haiwan peliharaan. Kebiasaannya dilihat PBT lebih mengutamakan laporan oleh masyarakat yang tidak menyenangi haiwan jalanan dan haiwan peliharaan. Jika wujud aduan yang kononnya kacau ganggu. PBT dilihat sering berpihak kepada pengadu yang berhasad dengki. Akhirnya haiwan menjadi mangsa dan berkesudahan dengan pelupusan akibat tindakan berat sebelah. Mangsa yang tidak diberi keadilan adalah pemilik haiwan dan haiwan jalanan. Tindakan ini diambil untuk memenangkan satu pihak. Sedangkan pemilik haiwan dinafikan hak sebagai rakyat negara ini. Manakala haiwan juga tidak dapat hak asasi kehidupan dalam sebuah negara yang menitik beratkan kebajikan kehidupan.

Inilah yang sering terjadi puluhan tahun tanpa ada usaha serius dan ikhlas oleh kerajaan dan pemerintah. Anak kecil, ibu mengandung, kaum wanita dan masyarakat kita swring didedahkan dengan perbuatan zalim PBT ketika kerja penangkapan haiwan yang berulang-ulang untuk dimatikan. Bayangkan penderitaan sang anjing yang ditangkap melalui jerutan leher oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau melalui vendornya.

Selagi tiada pendekatan serius oleh pihak berkuasa mengenai cara pengurusan dan kaedah menangani haiwan jalanan. Selagi itu konflik haiwan jalanan dan manusia berterusan berlaku. Akibat perbuatan zalim yang diambil inilah kononnya mengelakkan kacau ganggu dan penyakit berjangkit akhirnya masalah kezaliman haiwan lain timbul di negara ini. Maka wujudlah banyak siri kezaliman dan pembunuhan secara tidak berperikemanusiaan berlaku dalam negara. Mereka ini merasakan haiwan tidak layak disantuni sebagaimana kaedah tangkapan dan pembunuhan haiwan jalanan oleh PBT melalui tembakan dan jerutan.

Animal Malaysia adalah sebuah NGO yang hanya mampu bersuara namun segala kuasa dan kekuatan ada pada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) . Animal Malaysia hanya boleh menjalankan kerja dalam lingkungan kemampuan sahaja.

Permohonan untuk mendapatkan khidmat dan bantuan Animal Malaysia begitu ramai setiap hari. Faktor kuasa, aset dan kewangan adalah kekangan serta halangan Animal Malaysia untuk membantu semua haiwan jalanan. Kerana itu Animal Malaysia tidak dapat melayani setiap permintaan pertolongan kurang kritikal dan hanya boleh fokus haiwan yang benar-benar kritikal serta difikirkan perlu mendapat pembelaan dengan kadar segera sahaja. Kebanyakkan kes dipilih terlebih dahulu akibat kekangan yang dinyatakan di atas.

Bagaimana pon Animal Malaysia amat memandang serius segala hal berkaitan kebajikan dalam pengurusan haiwan, kezaliman dan penganiayaan haiwan oleh orang ramai atau agensi pihak berkuasa. Inilah yang diperjuangkan supaya haiwan walau ianya haiwan jalanan tidak didiskriminasi dan perlu diberi hak bebas tanpa dianiaya. Ini fokus utama Animal Malaysia terlebih dahulu memandangkan segala kuasa dan kemampuan aset, kewangan serta logistik ada pada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Animal Malaysia mengajak semua rakyat Malaysia yang mengasihi haiwan supaya sama-sama berganding bahu membantu haiwan jalanan. Ini kerana kita semua adalah masyarakat yang perlu bertanggungjawab. Bukan sahaja tanggungjawab satu pihak. Tapi kita sebagai sebuah masyarakat perihatin. Animal Malaysia boleh bersama membantu apabila ramai tampil menjalankan kerja di lapangan untuk kebaikan haiwan.

“Tamadun sesebuah negara dilihat bagaimana rakyatnya menyantuni haiwan”

- Mahatma Gandhi -

#animal

#animalmalaysia

#saveouranimals

#saveourstrays

#malaysia

#malaysiaanimal

#malaysiaanimalassociation

#helpustohelpanimals

#animalawareness

#awareness

#rescue

www.animalmalaysia.com


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2374920119290..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.