Go

Inilah Realiti Dan Keadaan Sebenar Nasib Kucing Ja..

 




Inilah realiti dan keadaan sebenar nasib kucing jalanan atau yang dibuang di jalanan. Anggapan masyarakat bahawa nasib mereka lebih baik jika dilempar di pasar-pasar atau medan selera adalah jauh meleset.

Kesihatan kucing akan merosot. Jangkitan penyakit, jangkitan parasit dan kebuluran kerana kekurangan makanan bakal lebih menyiksa kehidupan haiwan jalanan seperti kucing ini.

Dasar Kebajikan Haiwan Negara terbukti gagal apabila hanya memfokuskan soal kezaliman, penganiyaan dan nasib haiwan peliharaan serta haiwan ternakan yang berasaskan keuntungan. Tetapi tidak mempedulikan nasib dan kebajikan haiwan jalanan tidak bertuan. Malah seringkali gagal mendakwa pemilik yang sewenang-wenangnya membuang haiwan peliharaan kerana alasan gagal membuktikan pemilikan.

Pengakhiran nasib kucing bakal mati ditepi jalan atau celah bangunan akibat penyakit dan kebuluran. Palih parah apabila berlaku tangkapan dan disuntik mati oleh Pihak Berkuasa Tempatan apabila operasi dijalankan akibat aduan kacau ganggu.

Kucing di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1 off Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur ini antara mangsa kegagalan Dasar Kebajikan Haiwan Negara yang mana pemilik biadap yang membuang kucing peliharaan mereka masih tidak mampu didakwa kerana sistem pembuktian dan pemilikan yang amat lemah.

Mana-mana penanggungjawab individu yang berdekatan kawasan tersebut boleh hulur tangan bantu memberikan kehidupan yang lebih baik buat kucing ini memandangkan tiada harapan untuk pihak berkuasa turun bantu melainkan tangkapan dan pelupusan.

Bilakah Dasar Kebajikan Haiwan Negara mampu berubah???

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.