Go

Lagi Kes Haiwan Liar Keluar Habitat. Jika Semalam ..

 



Lagi kes haiwan liar keluar habitat. Jika semalam dilaporkan Harimau Kumbang kelihatan di UiTM Kuala Pilah Negeri Sembilan. Hari ini pula seekor Tapir berkeliaran melintas jalan berdekatan UiTM di Puncak Alam Selangor. Kasihan haiwan liar. Kemana mereka semua mahu pergi dan dimana haiwan liar boleh hidup?

Mengapa beberapa hari ini binatang liar kelihatan berlegar di kawasan Universiti dan berdekatannya terutama Universiti terbesar di Malaysia? Mungkin kerana binatang ini hendak menegur golongan cerdik pandai yang hanya berdiam diri dengan pembukaan hutan besar-besaran dan pembalakan yang meruncing tanpa ada usaha mengekang, membantah dan mendesak setiap kerajaan negeri mengenai keparahan kehilangan hutan sebagai habitat dan kawasan rayau binatang liar. Sekali gus mematikan dan memusnahkan warisan alam dan khazanah negara flora dan fauna.

Kuasa perhutanan adalah dibawah kerajaan negeri. Malaysia mencatatkan kepupusan hutan yang semakin memuncak dan memparah terutama di Selangor, Johor dan diikuti dengan Kelantan dan Kedah.

Usaha pragmatik memelihara hutan sebagai tempat perlindungan khazanah tumbuhan, haiwan dan oksigen perlu dilakukan segera. Kebergantungan ekonomi kepada hasil kayu-kayan menunjukkan negara mempunyai pemimpin negeri yang tidak ekonomis.

Golongan yang terlibat dalam aktiviti pembalakan adalah golongan yang menjijikan dan amat hina dimata masyarakat!

Bersama perangi pembalakan!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3056089507862..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.