Go

Bukan Semua Kucing Yang Diselamatkan Dan Dipelihar..

 



Bukan semua kucing yang diseamatkan dan dipelihara bernasib baik. Malah nasib mereka lebih buruk daripada sebelum diselamatkan di jalanan.

Menyelamatkan kucing dan Memelihara kucing secara bersangkar tanpa ada tanggungjawab terhadap hak persekitaran yang bersih, kesihatan dan keselesaan sangkar menyebabkan pemilik boleh terheret menjadi penzalim haiwan.

Kucing yang dipelihara di hadapan rumah sebuah flat kos rendah di Bandar Bayan Baru, Bayan Lepas Pulau Pinang ini benar-benar mengganggu keselesaan bukan sahaja kucing malahan mengganggu jiran keliling dengan bau yang amat menjijikan. Dikhuatiri bakal menyebarkan penyakit kepada kedua-dua penghuni iaitu kucing dan penduduk yang berjiran.

Animal Malaysia mendapat komplen daripada jiran tetangga yang sudah tidak tahan dengan sikap degil pemilik yang tidak mengendahkan nasihat dan tidak boleh ditegur. Najis penuh menebal di dalam sangkar-sangkar kucing peliharaannya. Keadaan ini sudah berlarutan berbulan-bulan lamanya.

Perlu diingatkan memelihara kucing dengan jumlah yang banyak tanpa pengawasan dan disiplin kebersihan di sebuah rumah flat adalah kezaliman dan menimbulkan kacau ganggu.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2403446736830..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.