Go

Saya Pon Ada Tanggungjawab Untuk Menyuap 3 Orang A..

 




“Saya pon ada tanggungjawab untuk menyuap 3 orang anak yang masih sekolah.” Kata Saudagar Pembalak haram dan Pembalak halal.

Namun pencerobohan dan penggondolan hutan dibuat bukan untuk menyara 3 anak. Tapi mengkayakan generasi mereka 7 keturunan. Lebih malang rakyat terpaksa terima kerosakan hutan dan khazanah alam satu negara untuk membenarkan Pembalak menyara 3 orang anak mereka.

Demi menghidupkan 3 orang anak Pembalak. Puluh ribu nyawa haiwan liar terkorban. Jutaan lagi hilang tempat tinggal dan hilang tempat sumber makanan. Anak kecil haiwan liar kehilangan ibu. Lebih menyedihkan Badak Sumbu Sumatera pupus dan hilang dari dunia ini sama sekali. Diikuti Seladang yang boleh dikira jumlahnya. Manakala Kambing Gurun hampir sudah tidak kelihatan. Gajah berlegar di jalan raya di Kahang dan Mersing Johor. Harimau Malaya pula masuk kampung-kampung mencari makan dan berakhir dengan penyakit Canine Distemper.

Beruk dan monyet pula terpaksa ragas kebun penduduk. Lebih teruk spesis primate terpaksa kongsi dapur dengan masyarakat akibat kelaparan tiada sumber makanan. Kemudian rakyat akan berungut mengatakan kediaman mereka diganggu. Apabila ada rungutan kacau ganggu. Makan spesis primate dilupuskan dengan tembakan. Lebih parah penduduk ambil jalan mudah tetapi amat zalim iaitu meracun.

Namun rakyat dimomokkan dengan cerita kepupusan haiwan liar akibat pemburu haram 10 orang yang ditangkap dalam tempoh 10 tahun.

Melaunglah slogan ‘SELAMATKAN HARIMAU MALAYA.’ Berkumandanglah laungan ‘SUNGAI WARISAN PUSAKA’ dalam televisyen dan media sosial kini. Siap cipta lagu. Paling lucu ‘BERSAMA MENYUMBANG TABUNG KONSERVASI GAJAH.’

Hutan habis gondol. Musnah sama sekali. Mana nak letak Harimau Malaya, gajah, tapir, seladang dan spesis-spesis terancam yang dibiakkan nanti?

Kelakarkan negara ini??

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.