Go

Hukuman Sebat Penjenayah Bunuh, Buru Haiwan Liar

 


PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2021 PRESIDEN PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

Sempena penutup tahun 2020 yang bakal melabuhkan tirainya. Besarlah harapan Animal Malaysia agar sistem perundangan berkaitan haiwan di negara ini dikemaskini dan diperkuatkan lagi. Terutama terhadap bentuk hukuman penjenayah haiwan yang menjadi penyebab pembunuhan dan kecederaan haiwan lemah.

Semenjak 10 tahun penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 telah berlalu. Tidak mengurangkan kes pemburuan haram haiwan dalam kelompok Jadual Kedua akta tersebut. Malah terbaharu semalam mengenai tangkapan pemuda berusia 25 tahun yang tergamak membunuh secara kejam Harimau Malaya dan Harimau Kumbang yang diketahui umum jumlah populasi haiwan dalam senarai terancam IUCN kian merosot kepada kurang 200 ekor di seluruh negara.

Begitu juga negara melabuh tirai tahun 2020 dengan kes pembunuhan kucing bunting oleh seorang wanita berusia 51 tahun di Pulau Pinang. Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang telah 5 tahun berkumandang dalam dunia haiwan domestik tidak sedikit pon mengajar erti menghormati kehidupan dan hak haiwan.

Dengan memiliki kedua-dua akta untuk haiwan liar dan haiwan domestik pada masa kini belum mampu mendidik para penzalim haiwan mahu pun mengurangkan kadar jenayah haiwan di seluruh negara. Lebih malang lagi dua negeri Sabah dan Sarawak tidak mengguna pakai kedua akta yang digubal kerajaan persekutuan ini.

Dua Negeri berautonomi berkenaan memilih menggunakan Enakmen Kebajikan Haiwan dan Enakmen Perlindungan Hidupan Liar masing-masing sebagai menunjukkan kekuasaan mentadbir masing-masing. Natijahnya kelonggaran semakin banyak berlaku di negeri Malaysia Timur tersebut. Manakala rakyat kedua-dua negeri pentadbiran autonomi masih tidak mengerti mengapakah negeri yang dicintai mereka masih jauh ketinggalan dalam menuju ke arah kebajikan haiwan liar dan haiwan domestik.

Sampai bilakah seluruh negara dari Perlis sampailah ke Sabah dan Sarawak boleh bersepakat dalam urusan menguatkuasakan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Kebajikan Haiwan 2015. Demi kebajikan kedua kategori haiwan ini seharusnya ketepikan perbezaan authority dalam pentadbiran. Satukan urusan perundangan demi kebaikan hidupan sejagat.

Animal Malaysia tegas bersuara agar HUKUMAN SEBATAN dijadikan satu hukuman dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 bagi mendidik pesalah penjenayah pembunuh dan pemburu haiwan liar terancam dalam Jadual Kedua.

Begitu juga halnya HUKUMAN SEBATAN wajar diimplementasikan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 bagi kes melibatkan kematian haiwan melalui penyiksaan dan pembunuhan yng disengaja niatkan oleh penjenayah haiwan.

Semoga tahun 2021 ini bakal membuka sinar harapan dan lembaran baharu dalam dunia haiwan.

Arie Dwi Andika

Presiden

Persatuan Haiwan Malaysia

Penganalisis Jenayah Haiwan Malaysia (MyAct)

31/12/2020 @ 10.30 Malam @ Kuala Lumpur, Malaysia

https://www.facebook.com/211591442051/posts/10159274340397052/?d=n

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010



Kuala Lumpur: Persatuan Haiwan Malaysia mendesak hukuman sebat dikenakan terhadap penjenayah yang membunuh haiwan liar dan pemburu haram yang melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Source: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/658743/hukuman-se..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.