Go

Beginilah Nasib Haiwan Jalanan. Pembuang Kucing Am..

 




Beginilah nasib haiwan jalanan. Pembuang kucing amat gemar meletakkan nasib kucing jalanan kepada takdir dan rezeki yang ditentukan tuhan jika melemparkan mereka di pasar-pasar atau medan selera. Hakikatnya keselamatan dan makan minum tidak menentu.

Kucing malang berwarna putih ini dinamakan ‘Kakak Tebuk’. Dia sengsara dengan kebuluran, ketakutan dan paling malang luka dalam di leher sebelah kanan dengan tebukan dan darah meleleh yang hampir membunuhnya.

Saudari Ida dari Ukay Perdana, Selangor adalah penyelamat Kakak Tebuk. Animal Malaysia bantu uruskan Kakak Tebuk untuk rawatan perubatan veterinar apabila penyelamatnya memohon untuk bantuan tetapi tiada keupayaan akibat Saudari Ida juga mempunyai kes kecederaan kucing lain yang terlalu banyak.

Beginilah fitrahnya apabila menemui kucing jalanan yang cedera dan parah. Semoga Kakak Tebuk selamat dan dapat meneruskan hidup dengan berkualiti dan baik. Walau pun Animal Malaysia mengutamakan Advocacy (Pembelaan) kes jenayah haiwan dan kes kezaliman yang commit jenayah. Animal Malaysia juga tidak menutup mata untuk kes seperti Kakak Tebuk dan bantu mengikut kemampuan.

Orang ramai yang sudi bantu Kakak Tebuk boleh disalurkan ke akaun berikut :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Reference : ‘Kakak Tebuk’

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.