Go

Bantu Buru Pemuda Lempar Kucing Dari Tempat Tinggi..

 


BANTU BURU PEMUDA LEMPAR KUCING DARI TEMPAT TINGGI

Aksi pemuda lempar kucing dari tempat tinggi berlaku lagi. Maklumat awal mengatakan ia dilakukan sekadar hiburan.

Mengikut maklumat asal. Kejadian dipercayai berlaku dalam negara ini berdasarkan jenis kereta dikenal pasti jenis Perodua MyVi.

Sumber juga mengesyaki ia dilakukan di sebuah kawasan ladang di negeri Sarawak. Namun begitu Animal Malaysia sekali lagi mengajak mana-mana individu, kenalan, saudara-mara, penduduk sekampung dan guru sekolah yang mengecam muka pelaku untuk tampil membuat aduan kepada pihak Polis dan boleh juga salurkan maklumat ini ke MyAct Hotline www.wasap.my/+601120901097 atau secara online di https://animalmalaysia.com/report-animal-crime/ untuk membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. Identiti pengadu adalah rahsia.

Melempar kucing walau untuk aksi suka-suka adalah satu perbuatan jenayah berat haiwan yang boleh mengancam nyawa sekali gus menyebab kematian terhadap kucing. Ia menyalahi mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Masyarakat juga diingatkan supaya tidak menjadikan haiwan seperti kucing sebagai bahan untuk pembikinan video hiburan seperti Tiktok dan lain-lain aplikasi. Ia amat memudaratkan haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.