Go

Dilanggar Atau Terlanggar? Siasatan Terperinci Per..

 


DILANGGAR ATAU TERLANGGAR? SIASATAN TERPERINCI PERLU DILAKUKAN DEMI KEADILAN KEPADA PEMANDU DAN ANJING JALANAN

Terlanggar anjing atau pun dikejar anjing boleh ditakrifkan sebagai satu kemalangan melibatkan haiwan. Ia sama seperti kemalangan melanggar lembu berkeliaran, babi hutan keluar habitat atau lain-lain haiwan yang berada atas jalan raya.

Namun jika perbuatan menyengajakan melanggar haiwan seperti anjing di atas jalan raya dilakukan. Pemandu boleh dianggap telah melakukan satu jenayah kezaliman haiwan mengikut peruntukkan dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Secara moralnya walau pun alasan tidak sengaja dan tidak nampak sehingga melanggar anjing begini. Didikan yang paling baik sebagai manusia berhari perut dan berakal adalah berhenti dan berikan bantuan kemanusia kepada haiwan yang lemah dan tidak berupaya begini.

Kejadian langgar anjing jalanan dan lari tanpa hulurkan bantuan sewajarnya dimaklumkan berlaku di Langkap, Perak semalam.

Saksi yang memaklumkan mengenai kejadian perlu berani tampil buat laporan polis dan bekalkan maklumat lengkap kejadian termasuk lokasi sebenar dan maklumat kenderaan bagi membolehkan pihak berkuasa membuat justifikasi perbuatan sama ada berundur jenayah atau hanya kemalangan yang tidak disengajakan ini.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.