Go

Inilah Akibat Daripada Perangai Buang Kucing Secar..

 


Inilah akibat daripada perangai buang kucing secara sebarangan. Tanggapan kucing akan selamat jika dibuang di hadapan klinik veterinar, pet shop dan pasar meleset sama sekali.

Video ini memaparkan bagaimana seekor kucing bunting yang dibuang di hadapan sebuah klinik veterinar pada waktu tengah malam mati dalam keadaan tragis dan amat menyiksakan. Tubuh badan kucing ini disiat-siat dan darah memercik di merata-rata tempat. Petugas klinik veterinar hanya menyedari kejadian malang ini pada waktu pagi sebaik mahu membuka kliniknya.

Insiden serangan anjing liar bukanlah satu hal yang boleh disalah menyalahkan sesiapa kerana sememangnya fitrah binatang ada pemangsa dan ada yang menjadi mangsa. Tragedi malang begini hanya dapat dielalkan jika pemilik kucing tidak melemparkan kucingnya secara sebarangan. Lakukan penyerahan secara bertanggungjawab dengan pembiayaan kos penyerahan untuk kelangsungan hidup jika pemilik kucing mahu menghantarnya ke mana-mana shelter. Jika tidak, iklankan di dalam mana-mana laman sosial untuk mencari tuan baharu.

Perlu diketahui bahawa serangan haiwan liar terhadap haiwan liar lain tidak melibatkan undang-undang dan ia merupakan proses naturalisasi naluri haiwan sesama haiwan. Namun perbuatan manusia membuang dengan sengaja haiwan peliharaan adalah satu kesalahan jenayah kezaliman haiwan di bawah peruntukkan undang-undang haiwan yang ada.

Lokasi : Hadapan Klinik Veterinar Maya, Batu Caves, Gombak Selangor

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.