Go

Benarkah Akta-Akta Yang Ada Menjjadi Senjata Dan A..

 




Benarkah Akta-Akta yang ada menjjadi senjata dan alasan merobek kehidupan hingga hilangnya khazanah berharga dan sifat kemanusiaan dengan teruk?

Terengganu dan kerajaan negeri izin tebang balak dan gondolkan hutan. Asalkan ia berlesen dan dapat kebenaran kerajaan negeri. Ia Sah disisi Akta Perhutanan 1984

PBT bunuh dan lupuskan anjing beramai-ramai. Alasan popular untuk kawal penularan penyakit Rabies. Ia Sah disisi Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Perhilitan mengaku tembak dan mendakwa cuma bunuh Lotong 7 ekor walau tiada siapa badan bebas yang boleh sahkan. Sedangkan Lotong berada di hutan habitatnya pada asalnya dan tanah diceroboh manusia tanpa kerja relokasi terlebih dahulu. Apabila timbul masalah berbangkit. Maka pembunuhanlah solusi mudah. Ia sah disisi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010

Rakyat khuatir kesemua akta ini ‘diperalatkan’ dan ‘diperkudakan’ sebagai alasan mengambil jalan mudah dalam menjalankan tanggungjawab oleh agensi-agensi yang diberi amanah melaksanakannya dengan penuh beretika.

Malaysia kini tenat.

Hutan sudah mulai surut dan hampir jahanam.

Haiwan liar sudah mulai beransur pupus

Haiwan jalanan sudah mulai terancam dan masyarakat penguatkuasa hilang pertimbangan serta hilang sifat kemanusiaan.

Sedangkan penubuhan kesemua agensi ini untuk menyeimbangi kepentingan rakyat, alam, haiwan dan sejagat.

Bagaimana dengan rakyat? Apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang hinggakan sifat kemanusiaan juga turut diragut dan dirobek-robek atas alasan Akta itu dan Akta ini membenarkan.

Ini semua mengarut. Sila urus negara dengan baik. Orang-orang politik berhenti bertelagah kerana wang ringgit. Negara makin kusut. Pegawai-pegawai hilang hala tuju dan matlamat asal penubuhan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1549931245214..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.