Go

Saat Yang Amat Menyentuh Hati Sanubari. Apabila An..

 



Saat yang amat menyentuh hati sanubari. Apabila anjing dibuang dengan cara diikat leher dan dibungkus ketat dalam guni seperti mengharapkan kematiannya sudi diselamatkan oleh seorang wanita berhati mulia ini.

Bagaimana tergamaknya pelaku menghadiahkan penderitaan kepada sang anjing makhluk lemah ini?

Kepada wanita dalam video ini atau sesiapa mengenali beliau. Mohon hubungi Animal Malaysia di www.wasap.my/+60105394749 . Animal Malaysia dengan rendah hati mahu memberikan Hadiah istimewa buatmu atas kesucian hati, jiwa dan nurani menyelamatkan nyawa anjing malang ini.

Kepada pelaku pembuang haiwan. Gerak-geri kalian diperhati. Apatah lagi pembuangan tragis, kejam dan menganiaya anjing seperti ini tidak dapat diterima oleh norma manusia biasa. Perbuatan ini hanya dilakukan oleh golongan mati hati sahaja. Jika sesiapa terserempak aksi zalim pembuangan haiwan begini.

Rakamkan perbuatan pelaku dengan kelihatan wajah dan perlakuan pembuangan, kenderaan digunakan berserta nombor plat yang jelas. Kemudian laporkan segera kepada pihak berkuasa veterinar. Selamatkan haiwan dan simpan disatu tempat untuk diambil pihak berkuasa sebagai bahan bukti.

Jangan biarkan manusia zalim hidup senang lenang. Penjenayah kejam begini harus dihumban ke penjara!

Terima kaseh kakak penyelamat!

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2874252889557..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.