Go

Kempen Kibar Bendera Merah - Kitabantuhaiwan. Keny..

[ KEMPEN KIBAR BENDERA MERAH - #kitabantuhaiwan ]

KENYATAAN MEDIA

1. Semenjak Negara mengalami Pandemik Covid-19 dan menjalani Perintah Kawalah Pergerakan fasa demi fasa. Negara menyaksikan banyak berlaku pembuangan kucing dan anjing peliharaan ke jalanan. Hal ini berlaku akibat pemilik tidak mampu untuk terus memelihara kucing dan anjing peliharaan mereka kerana faktor ekonomi. Akibatnya banyak kucing dan anjing terpaksa dihumban ke jalanan.

2. Kucing dan anjing yang sudah lama dipelihara malah menjadi sebahagian keluarga kita. Namun amat menyedihkan apabila muka-muka baru di jalanan berada dalam keadaan takut dan kekok menyesuaikan diri dengan risiko ancaman kebuluran, serangan dan pergaduhan dan tidak mengerti untuk bermandiri mencari makan. Akhirnya kucing dan anjing yang dibuang ke jalanan berakhir dengan kecederaan, trauma, penyakit berjangkit malah kematian.

3. Animal Malaysia menyeru semua masyarakat mengambil peranan keperihatinan terhadap masalah kejiranan yang mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Ambil peduli dengan bertanya khabar keperluan bekalan makanan untuk kucing dan anjing jiran supaya dapat membantu jiran sekeliling yang memiliki haiwan peliharaan kucing dan anjing dalam kesusahan menghadapi tekanan ekonomi sempena Pandemik Covid-19 ini.

4. Keperihatinan masyarakat sekeliling dapat mengatasi masalah pembuangan kucing dan anjing di jalanan. Sekali gus mengekang masalah kezaliman haiwan akibat tekanan perasaan pemilik yang terpaksa memikirkan keperluan hidup untuk kucing dan anjing peliharaan dalam tanggungjawab mereka semasa mengharungi kesusahan hidup akibat Pandemik Covid-19.

5. Animal Malaysia sekali lagi menyeru dan mengajak semua masyarakat di Malaysia sebagai bangsa perihatin dan penyayang supaya bersama menyertai Kempen Kibar Bendera Merah demi kelangsungan nasib dan hidup kucing dan anjing peliharaan. Kebersamaan kita semua menyelamatkan banyak nyawa daripada terseksa dan mengekalkan sifat kasih sayang dikalangan masyarakat.

TAMAT

Yang benar,

ARIE DWI ANDIKA

Presiden

30 JUN 2021 / RABU

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..

Facebook Comments

Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.