Go

P.b.t - Pembunuhan Berlesen Terlindung Di Kulim. D..

 


[ P.B.T - PEMBUNUHAN BERLESEN TERLINDUNG DI KULIM. DIMANA LEMBAGA KEBAJIKAN HAIWAN? ]

Video mempamerkan Majlis Perbandaran Kulim Kedah secara terbuka melakukan kerja pembunuhan bergaji serta-merta terhadap anjing jalanan.

Mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 – Pembunuhan dibenarkan dilakukan dengan kawalan dan seliaan Veterinar bertauliah dilapangan. Kakitangan bawahan bukan lulusan veterinar TIDAK LAYAK mengendalikan racun – Dolethal

Akta Kerajaan Tempatan 1976 menyenaraikan S.O.P tangkapan dan pelupusan oleh kakitangan PBT sewaktu tangkapan dan kerja pelupusan.

Manakala pembunuhan terus hanya dibenarkan sekiranya diakui satu-satu tempat diisytiharkan mengalami jangkitan Rabies oleh Kementerian Kesihatan Malaysia diperakui oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

Soalnya adakah kawasan pembunuhan anjing tersebut diisytiharkan sebagai kawasan Rabies oleh Kementerian Kesihatan Malaysia? Jika ya berapa ramai dan berapa banyak jangkitan berlaku dan kenapa tiada amaran dan pengisytiharan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) terlebih dahulu?

DVS dan MPKK juga perlu perjelaskan adakah SOP PBT yang membunuh ini betul, selari dan menepati Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 sewaktu kerja tangkapan dan pembunuhan kejam di lapangan?

DVS dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu maklumkan adakah kerja Pembunuhan Berlesen Terlindung – PBT ini selari dan menghormati Dasar Kebajikan Haiwan Negara?

Yang terakhir mana LEMBAGA KEBAJIKAN HAIWAN dan apa sebenarnya peranan lembaga yang menggunakan nama Kebajikan Haiwan?

Rakyat mahu tahu kerana kalian semua dibayar gaji dengan wang rakyat untuk beri anak isteri makan!

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010



When this happens, it’s usually because the owner only shared it with a small group of people, changed who can see it or it’s been deleted.

 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.