Go

Donate & Save Lives
73,064 strays found loving homes. Let's help more!

Donate Now  
Featured Members
nanthinimohan
1 Pet, Animal Lover

WaiKuan
1 Pet, Animal Lover

NicholasTan


XiaoBao
Animal Lover

karie88
Rescuer, Adopter

lear604
1 Pet, Animal Lover



mancadet
NameLuqman Hakim Abdul Ghani
JoinedJul 2014
Age29
GenderMale
LocationKota Bharu, Kelantan, Malaysia
Occupationstudent
Websitehttps://www.facebook.com/luqma..
Experience
Interested InSelling Pet Products / Services
Send Email View Phone Write Comment
BARANGSIAPA NAK BELA ANJING HITAM+BROWN. Cerdik, Boleh jaga rumah, senang diajar, mudah bahasa, paham bahasa boleh PM segera, Anjing ni belum divaksin lagi. Roughly, anjing ni liar tapi senang diajar.. CEPAT sebelum ade orang datang tembak or bunuh.. ceritanya begini...

Sekarang ni kat rumah ada anjing lah pulak daaaah, usul asalnya anjing ni liar, tapi ibu 'ter'memberi makanan sahur yang tak habis. Then, lepas balik subuh dari masjid, semua selipar hilang, yang peliknya satu sahaja selipar dari setiap pasangan itu hilang. Tengok2 yang hilang tu anjing tu pi sorok kat bawah pokok nangka sikit, tepi wakaf sikit, depan pokok buluh sikit, (-_-) suka sangat kot sampai main sorok2 barang.

Sekarang anjing ni dah jadi jinak dan baik, dah train dia mcm mana nak duduk.. (tu pun lepas download "how to train your dog for dummies.pdf", main kejar2 dengan dia, main kejar2 orang lain muehehehe.. >:)

3 Hari lepas, ade orang datang depan pokok buluh tepi sungai kat depan rumah tak puasa (memang selalu setiap bulan ramadhan) Then suddenly, anjing yang aku bela tu pergi menyalak kat depaaa tu. LLLLLLLLLLepas tuuuu lari macam nampak hantu (biasala orang melayu ni memang takut anjing, takut samak la takut haram la apa, padahal dia tak puasa tak takut pulak). Maksudnya anjing ni memang berkesan untuk jaga rumah. Anjing ni pandai, dia tak lalu atas porch keta, pastu kalau panggil dgn siulan, memang datang dengan setia dan patuh.

Jadi sekarang aku dah berasa suka pulak dah dengan anjing ni,semacam ada connection dgn dia sebab cerdik satu pastu dengar kata pulak. Masalahnya kencing berak dia ni bukan macam kucing, encik meow reti kambus taik sendiri, kalau encik kalbun aswad ni, main taram jer ikut jumpa pokok. Pokok misai kucing yang ayah aku selalu makan (untuk kencing manis dia) pun kena kencing di anjing. Sahkan anjing, kucing punya air kencing pun haram adei.

Timbul satu masalah, iaitu orang kampung start pikir keluarga aku bela anjing (deliberately). Hmmm, depa tak kisah dah dgn keperibinatangan anjing tu lapar ke, nak shelter ke, nak warmth ke. Yang depa tau haram dari hujung ekor sampai hujung hidung. (-_-) Kalau kering takpe la pakcik2, nabi sebut air liur/jilatan anjing je makcik2, tu pun ape susah setakat nak samak, tanah berjuta atas bumi allah ni. Nak cari tanah bukan macam nak cari bilangan orang beriman..

BANYAK TANAH NEYYY. (tak perlu persoal tanah tu tanah musta'mal ke tak musta'mal ke) zaman rasululullah tanah depa pun boleh dipertikai jugak, sebab tanah yang sama je yang unta duk pergi berak, arab badwi berapa banyak duk pi kencing atas tanah yang sama tu jugak. Asalkan masa tanah tu diambil tanah tu bersih tak apa lah.

Takda pun nabi nak suruh cari tanah yang di yakini suci ke itu dan ini ke. Begitulah susahnya agama jika manusia mula menilai agama berlandaskan hati sendiri dan tidak berlandaskan sunnah dan alquran yang seperti diajar rasulullah. Apabila diajar hadis rasulullah kepada dia, maka mulalah berbunyi suara itu dan ini memberikan alasan "memang la nabi buat, nabi tu takpa la nabi, kita tak payah buat la" (-_-)

Jadi sebelum aku balik kolej, aku kena hantar anjing ni kemana2 kalau tak,sure2 orang kampung akan pukul dan bunuh. Mungkin dia tak pernah dengar hadis sahih mengenai seorang pelacur yang masuk syurga selepas memberi minum kepada anjing dengan menggunakan kasutnya sebagai bekas air anjing tersebut.

Maka, tuan tuan dan puan puan, adik adik dan abang abang tau tak macam mana nak uruskan supaya anjing ni terjaga, ada tak jabatan mana2 boleh bantu. Allah beri makhluk dia atas dunia ni nak uji kita je, lagipun banyak ayat allah menceritakan bahawa orang2 yang ingkar dgn ayat allah ni ialah mereka yang melakukan kerosakan diatas muka bumi. pm le kalau ade ye.










Comments
Comment





Main Site
Home
Advertising
Donate
Sponsor Pets
Sign Up
Find A Pet
Share & Save Lives
About PetFinder.my
Terms & Conditions
Report Animal Abuse
Privacy Policy
Contact Us
Features
Mobile App
PetGPT AI Writer
WAGazine
Discussion Forum
Medical Fund
Shopee & Lazada Stores
Pet Food, Toys & Products
Royal Canin Club Offers
Royal Canin Education
Freebies / Starter Pack
Central News Portal
Visual Map
Knowledge Library
Microchip Directory
Artificial Intelligence
Kaggle: Adoption Prediction
Kaggle: Pawpularity Contest
Cuteness Meter
AI Task Force

Social Media
Facebook
Twitter
Instagram
YouTube

Mobile
iPhone & iPod App
Android App
Huawei AppGallery App
KindMeal
Meat-Free Dining
Meal Deals
Kind Moments
Delicious Menu

Others
Gadhimai: Ending Mass Slaughter
World Animal Day Contest
Digi iPhone Contest
East Coast Flood Relief
It's Pawssible
Freebies
Discussions
Blacklists & Scams



Copyright © PetFinder.my, 2008 - 2024. All rights reserved.