Hi salam semua,
Nak tanya ada sesiapa yang sudi adopt kitten ni. Saya baru jumpa kitten ni kat pasar pagi seorangan 2 hari lepas. Tak nampak ibunya. Kesian nampak datang sendirian minta makanan.
Baru deworm hari ni. Vaksin akan diberi minggu depan sbb vet kehabisan stok minggu ini.
Baru 2 bulan, jantan & dah putus susu. Toilet trained. Suka main sangat2 dan manja sekali.
Saya dari Tun Hussein Onn, boleh hantarkan asalkan famili baru sayangkan dia.
Sila pm kepada sesiapa yang berminat. Terima kasih.