Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Nurul Illyanie vet assistant kepada Serv-U clinic, kota kemuning.
Pagi ini kami menjumpai seekor kucing jantan yang berwarna putih belang coklat dihadapan klinik kami dalam keadaan yang agak takut. Kami merasakan kucing tersebut merupakan kucing indoor yang terlepas atau keluar dari rumah disebabkan behaviour dan keadaan fizikal yang sihat dan bersih seperti kucing yang dibela.
Andaikata sesiapa kenal ataupun ini kucing En/cik, bolehlah ambil dia di klinik kami. Kami akan menjaga beliau dengan rapi sehingga ownernya tuntut semula.
Lokasi klinik kami seperti yang tertera di post ini.
Terima kasih 🤗