Hi pencinta2 me-meow
OPEN ADOPTION untuk kucing rescue bernama Naga 😻
Naga sebenarnya milik jiran keluarga Perancis-Malaysia. Tetapi Naga diabaikan beberapa bulan sebelum mereka tinggalkan Malaysia. Dari comel molek jadi teruk keadaannya, sebab gaduh dgn kucing2 lain. Saya & suami kesian, lalu rescue & bawanya utk dimandulkan & dapatkan rawatan yang dia perlukan. Disebabkan kami tak dapat jaga Naga kerana kekurangan tempat (Naga disimpan dalam sangkar) & sudah ada 4 kucing-kucing senior yg perlukan rawatan rapi tiap hari disebabkan penyakit buah pinggang. Naga terpaksa dilepaskan semula di kawasan perumahan.
Malangnya Naga dibuli & dibelasah oleh abang2 long kawasan perumahan & keadaan Naga menjadi lebih teruk. Jadi kami rescue Naga utk kali-2 & pulihkan dia sepenuhnya. Tapi kali ni, Kami nak carikan "forever home" utk Naga. Vet pun cakap Naga kucing yg handsome, manja, baik & patut dapatkan keluarga yang betul2 menyayanginya & jadikan kucing indoor. & Kalau dilepaskan balik keluar, dia tak dapat survive sebab dah biasa jadi kucing indoor.
Nama: Naga (boleh tukar nama)
Umur: 2 atau 3 tahun
Jantina: Jantan
Dah dimandulkan.
Dah deworm & deflea.
Litter trained. Mandi trained 😂
Bulu gebu. Paw besar.
Ciri-ciri: Sangat manja, suka ikut owner kemana-mana, suka bermain. Suka mengesel bawah leher kalau dukung dia macam baby.
Lokasi: PJ / Bangsar / Ara Damansara /KL/Melaka
Sesiapa yang berminat & serius menjadi forever mummy atau daddy Naga boleh contact/WA. (Lepas adopt, kalau boleh update keadaannya sekali kala 😻)