Go

Subsidi Pemandulan Di KKS - 20 May 2012

 


Sebanyak 7 ekor kucing telah menyertai Snip Program pada Ahad, 20 May 2012. 


5 ekor ini dibawa oleh feeder/fosterer SCRATCH. 
2 ekor kucing mixed birman (gambar tengah, carrier atas dan bawah) adalah milik saudari Yumie yang kini sedang berpantang dan kucing beliau dijaga oleh fosterer SCRATCH, Cik Sri. Kos pemandulan 2 ekor kucing ini dibiayai sendiri oleh Yumie. 3 ekor lagi (2 betina + 1 jantan) merupakan kucing jalanan yang dimandulkan dan akan dicarikan tuan baru. Sekiranya tiada adopter, maka kucing ini dilepaskan semula di koloni asal sebagai community cat dan diberi makan oleh feeder setiap hari.
Nurol Hijjah Harith dari Shah Alam turut membawa 2 ekor kucing jantan untuk dimandulkan pada hari tersebut. Nurol mempunyai 12 ekor kucing dan memohon dana untuk memandulkan 7 ekor daripada kucing beliau dan selebihnya akan dibawa semasa Snip Program akan datang.


 Saudari Nurol Hijjah


Bersama seekor lagi kucing beliau




Kucing-kucing yang dibawa oleh saudari Nurol 
Kos pemandulan yang dibiayai untuk 3 ekor kucing jalanan dan 2 ekor kucing Nurol ialah RM290 menggunakan Dana SCRATCH.

Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/05/subsidi-pemandulan-di-kks-20-may-2012.html


 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.