Go

Kucing Lumpuh Di Batu Pahat (Hidayah)

 


Ini email yang kami terima daripada saudari Hidayah : 

Jumaat, 11 May 2012 – 9:44am

saya ada satu perkara yang merungsingkan saya….. semalam jiran saya keluarkan kucing jantan dari longkang..dia dah terendam lama..dengan keadaan kucing tuh (saya suspek) lumpuh dan kesejukan… sebagai manusia mmg xkan nak biarkan ja.saya ambik jugak walaupun saya x mampu nak bagi komitmen dgn kucing sebegini sebab saya xcukup kesabaran …. saya akui saya mmg x boleh nak handle…saya xnak buang dia ke hutan or ke pasar sebab saya tahu dia xkan survive sbb diorang kata kalau saya x nak bela letak je memana (dalam hati,mana boleh mcm tuh..dia x leh cari mkn sndri sbb sakit..)…konfius saya..apa patot saya buat…saya xda pengalaman ke vet ke apa…kalau ada yang sudi ambil dia..saya boleh bg duit walaupun x banyak utk ubatkan dia..tolonglah saya..apa patot dibuat..



Hidayah merupakan orang Kedah yang baru bekerja di Batu Pahat. Memandangkan Hidayah masih belum arif dengan kawasan Batu Pahat dan tidak mempunyai kenderaan sendiri, maka Hidayah meminta bantuan kami untuk mencarikan klinik haiwan berdekatan dengannya. 
Kami telah shout out kisah anak kucing ini di wall Kucing Terbiar & Anjing Jalanan di Facebook untuk mendapatkan bantuan dari followers lain serta mencarikan adopter untuk anak kucing ini. 


Snipet dari Facebook KTAJ-SCRATCH
Ada yang menawarkan diri untuk mengambil anak kucing ini, tapi apabila dihubungi oleh Hidayah, senyap sunyi pula tanpa berita. Jadi Hidayah berniat membela sendiri kucing ini.

Anak kucing ni makan dengan baik, cuma kakinya melecet teruk. Kemungkinan setelah dilanggar kenderaan, anak kucing ini bergerak jauh menyeret badannya sebelum jatuh ke dalam longkang. 




Luka melecet pada kaki dan bawah badan


Hidayah cuma merawat sendiri di rumah dengan menggunakan minyak gamat dan air gamat sementara menunggu hari gaji dan bantuan ke klinik haiwan berdekatan. Dan Hidayah turut menyediakan sebuah sangkar untuk mengurung dan mengurangkan pergerakan anak kucing ini. 

Pada 29 May 2012, Hidayah membawa anak kucing ini ke PETS Clinic di Batu Pahat. Melalui pemerhatian Dr Wong, tiada tulang yang patah. Kemungkinan ada kecederaan pada saraf, dan Dr Wong mencadangkan agar Hidayah membawa kucing ini ke vet lain di KL untuk rawatan fisio. 
Kos rawatan dan ubatan hanya RM24.00 dan ditanggung sendiri oleh Hidayah. 

Memandangkan masih ada refleks pada kaki anak kucing ini dan masih boleh menendang-nendang, maka Hidayah membuat keputusan untuk membuat fisio sendiri seperti latihan kaki dan urutan. Sekiranya anda ada link video untuk latihan kaki bagi kucing ini, sila paste di ruangan komen untuk rujukan Hidayah. 

Sekiranya ada pihak yang berminat untuk adopt anak kucing ini, Hidayah boleh dihubungi di : hidayah3010@gmail.com. 

Berkat kesabaran dan kasih sayang Hidayah, semoga anak kucing ini sembuh dengan segera. InsyAllah.

Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/06/kucing-lumpuh-di-batu-pahat-hidayah.html


 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.