Go

Subsidi Pemandulan Di KKS 11 Ogos 2012

 


8 ekor kucing, 5 ekor betina dan 3 ekor jantan telah didaftarkan untuk dimandulkan pada 11 Ogos 2012. 
Walau bagaimanapun, seekor kucing betina tak dapat hadir kerana adopter ada kecemasan dan perlu pulang ke kampung.
1) Nurhuda Jamaluddin – 2 kucing betina + 2 kucing jantan
Nurhuda mendaftar untuk 3 ekor kucing betina dan seekor kucing jantan. Tetapi kucing betina tersebut melarikan diri pada waktu subuh dan segera digantikan dengan kucing jantan yang lain. 
*Kucing yang digantikan perlu di puasakan juga sekurangnya 8-10 jam sebelum pembedahan untuk mengelakkan komplikasi. 
2) Nadiah bersama JOY, kucing betina yang menjalani pembedahan membuang matanya yang rosak menggunakan Subsidi Perubatan dari Dana SCRATCH.
JOY selamat dimandulkan dan akan diserahkan kepada adopter baru selepas  Hari Raya. 


2) Muhamad Razeef Che Shamah – 1 jantan + 1 betina, kucing yang di adopt oleh beliau dari KTAJ ONLINE ADOPTION HOUSE.
Razeef mempunyai 25 ekor kucing di rumah. Pada hari yang sama kami mengadakan subsidi pemandulan di KKS, ada seorang nenek yang membawa 9 ekor anak kucing untuk diserahkan kepada pihak DBKL. Alasannya, bilik yang digunakan untuk menyimpan kucing-kucing ini sudah ada penyewa. Mungkin nenek tersebut tidak mengetahui tentang polisi ‘PTS’ di DBKL. 
Razeef telah mengambil kesemua 9 ekor anak-anak kucing tersebut. Kesemua anak kucing tersebut sihat, cuma ada kutu dan perlu dibersihkan. Kucing-kucing ini akan dimandulkan dan dicarikan tuan baru kelak dan kesemua pemandulan kucing-kucing ini akan dibiayai oleh Dana SCRATCH. 

Jumlah subsidi yang kami keluarkan pada 11 Ogos 2012 untuk membiayai pemandulan ini ialah RM430. 



Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/08/subsidi-pemandulan-di-kks-11-ogos-2012.html



 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.