Go

RIP, BLESS :((

 


Ini email yang Anis kirimkan kepada kami pada 29 Disember 2012 yang lalu untuk update tentang BLESS ;
Hi . Slamat malam . Sya dah ambik Bless dari klinik ptg tadi . Bless sihat Alhamdulillah . cuma pucat , darah bnyak hilang . Badan pon dah berisi . Luka surgery masih basah . insyaAllah 5 hb jan suture removal .

Saya nak bgtau yang untuk second surgery saya ada buat kutipan derma dikolej saya . Alhamdulillah saya dapat kutip rm700 tepat . dan total surgery kedua rm692.60 . tidak termasuk A/D dan vitamin tambah darah . takpe itu saya guna duit belanja saya . cuma disini , saya tidak akan meminta subsidi KTAJ sbb saya dah pun langsaikan kos pembedahan Bless . dan bialah KTAJ bagi subsidi pada kucing lain yg tak bernasib baik. saya nak berterima kasih bnyak bnyak sbb bantu saya dari segi kewangan dan support . terima kasih bnyak bnyak . ni sertakan gamba Bless yg terbaru . kalau tak keberatan . kalau admin ada tau mana mana pet shop yg jual kerusi roda kucing mintak tolong inform saya . kesian tgk Bles struggle nak main dan jalan mcm biasa. Terima kasih sekali lagi . insyaAllah sya akan update lagi perkembangan Bless.




Belum pun sempat kami membalas email yang Anis kirimkan, hari ini kami dikejutkan berita pemergian BLESS.



Jumaat, 4 Jan 2013, 3.36pmHi . Anis here . saya nak bagitau yang Bless dah mati . dua hari lepas . Maaf sangat saya lambat bagitau . sbb saya uruskan hal kolej saya sejurus lepas tanam Bless . hari ni baru saya ada masa nak email admin .

kisahnya dua malam semalam macam biasa sebelum saya tido saya akan bawak dia kencing berak dalam litter box . saya baringkan dia tepi atas bantal dia and kain dia . dia suka main tali and malam tu jugak saya main dgn dia sampai dia tertido . saya provide air sebelah dia and kibbles . masa tu dalam pukul 2 stenga pagi . saya tak boleh solat so saya bangun pukul tujuh nak bawak dia p litter box and bagi makan ubat sume saya jengah dia , dia tak bernafas . air yg provide malam tadi habes . kibbles pon luak . saya tak sangka dia nak mati sbb tanda tanda langsung . bekas surgery makin pulih and luka semua kering .

hari hari sebelumnya Bless mcm biasa sangat . makan bnyak . main . tido . tahi dia air kencing dia sume okay . :”/ saya tak tau kenapa dia mati . saya dah cuba buat yang terbaik utk dia . memandangkan saya tgh cuti sem saya jaga dia je dekat rumah sepenuh masa . maaf kalau berita ni pon buat admin sedih . sya cuma nak ucapkan terima kasih sbb bnyak tlg saya masa Bless hidup . cuma saya terkilan tak dapat jaga dia lama . terima kasih skali lagi . :’(

Melihat ketabahan BLESS mengharungi penderitaan dan menyembunyikan kesakitan membuatkan saya insaf. Sebagai manusia, saya seringkali bersedih apabila kesakitan dan musibah menimpa. Baru diberikan sedikit dugaan, manusia mudah menangis, meratap, berputus asa, mengurungkan diri, berlapar, menyalahkan takdir, malah ada yang sanggup bunuh diri.

Sedangkan, haiwan yang didera, yang hidup berjudikan nasib di jalanan menerima ketentuan takdir dan terus bersemangat untuk hidup sehingga ke hujung nyawa. Dalam kesakitan, BLESS menghabiskan makanannya supaya dirinya cepat sembuh, supaya ia dapat bermain dengan Anis dan berjalan semula dengan apa bentuk bantuan sokongan sekalipun.

Namun, takdir menentukan BLESS perlu pergi dan berakhir sudah penderitaan dan kesakitannya di dunia.

Kepada Anis, semoga tabah dengan pemergian BLESS. Kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan BLESS, terima kasih dan teruslah membantu haiwan-haiwan yang memerlukan di luar sana. 



Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2013/01/rip-bless.html



 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.