Go

Terima Kasih: Program Jualan Amal Dan Adoption Drive, Putrajaya

 


Hi kawan kawan!
Sabtu dan Ahad yang lalu telah berlangsung adoption drive dan charity sale kami bersempena Pertandingan Kucing Antarabangsa di Putrajaya. Ucapan terima kasih terlebih dahulu kepada pihak KKM terutama sekali Presiden Kelab Kucing Malaysia, yang telah menyediakan bukan satu tetapi DUA booth untuk kami. Semoga KKM dan

Kami ingin mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada follower yang tak henti2 datang mengunjungi booth kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada follower yang menyokong jualan charity kami. Buat pengetahuan semua, jualan amal ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu haiwan2 terbiar di luar sana terutama sekali anjing dan kucing. Tiada ucapan yang lebih baik melainkan ‘Semoga Allah/Tuhan memberkati Tuan/Puan/Cik/Encik’ untuk mereka yang datang, membeli dan menderma dengan ikhlasnya.




Gambar-Gambar sepanjang acara di Putrajaya

Kami juga ingin meminta maaf kepada pengunjung-pengunjung yang datang bertanya tentang pelbagai soalan kepada kami; ada soalan yang kami mampu jawab dan ada soalan yang luar dari pengetahuan kami. Kami bukan lah doktor verterinar yang bertauliah tetapi kami mengumpul dan membuat database untuk setiap case yang kami hadapi. Maka sedikit sebanyak, kami kongsikan kepada pengunjung yang datang bertanya. Kami juga ingin meminta maaf sekiranya ada terkasar bahasa ketika memberi penerangan kepada pengunjung. Adakalanya kami terpaksa menggunakan nada keras supaya mesej yang ingin disampaikan didengari dengan ‘jelas’.




Cik Rosmah Awang memberi pencerahan tentang
KTAJ

Kami juga diberi kesempatan untuk menerangkan kepada orang ramai tentang misi, visi serta serba sedikit aktiviti yang kami anjur/pejuangkan. Jurucakap kami, kak Rosmah Awang merupakan seorang pensyarah di salah satu IPTA di negeri sembilan, mewakili SCRATCH untuk memberi penerangan ringkas serta menjawab pertanyaan dari Presiden Kelab Kucing Malaysia. Sepanjang kami membuka serta menjaga booth, soalan soalan lazim yang ditanya adalah jual beli kucing dan subsidi pemandulan. Secara umumnya kami tidak menyokong mana mana individu ataupun pet shop yang menjual beli kucing dan anjing. Ini kerana ada banyak lagi haiwan yang terbiar di luar sana memerlukan rumah untuk berlindung serta kasih sayang dari seorang tuan punya. Info tentang misi, visi dan penerangan ringkas tentang kami boleh dicapai di sini, ye, tekan la di sini. Kami belum lagi membuka subsidi pemandulan tetapi dalam masa terdekat ini selepas audit dari accountant yang dilantik, selesai dilakukan, kami akan membuka semua bantuan subsidi pemandulan untuk orang awam. Polisi pemandulan serta perubatan untuk pemandulan boleh dibaca dan difahami di sini, ye tekanlah di sini.




Presiden KTAJ/SCRACTH menerima 2 beg besar makanan kering
dari Mr Joseph

Mr Joseph dari Brit juga telah bermurah hati mendermakan 2 bag 10 kilo makanan kering kucing untuk membantu volunteer kami memberi makanan kepada kucing kucing jalanan. Buat masa ini hampir kesemua volunteer kami mempunyai feeding area tersendiri. Adanya sponsor sebegini, maka dapatlah kucing kucing jalanan makan dengan lebih sedap sedikit. Kami amat mengalu alukan sekiranya ada pihak korporat yang mahu menderma secara tetap mahupun berkala kepada kami. Untuk urusan itu, boleh terus e-mail kepada kami di sini, ye tekan la di situ. Terima kasih Mr Joseph!

Kami sangat sangat teruja dengan kehadiran pengunjung yang ramai di event kali ini. Sepanjang penglibatan dan anjuran adoption drive/charity sales, warga Putrajaya tidak pernah menghampakan kami. kami membawa 5 ekor kucing jalanan untuk dicari tuan baru dan kelima lima mereka telah berjaya mendapat rumah baru. Dengan itu kami sebagai rescuer boleh menyediakan tempat untuk menyelamatkan kucing terbiar yang lain. Sekali lagi kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para follower page kami dan pengunjung yang datang ke booth menyokong jualan amal kami.

Eh dengar kata, kami akan berada di DOGATHON 2013, UPM Serdang. Marilah jumpa kami lagi di sana!

-Encik Memerangemok-



Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2013/09/terima-kasih-program-jualan-amal-dan.html

 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.