Go

S.C.R.A.T.C.H At MATICS

 


Hai kawan kawan ~!

kami nak kongsi cerita event. alhamdulillah hampir setiap bulan kami mendapat jemputan untuk menganbil bahgaian dalam program untuk menambah dana kami melalui jualan amal. Kami benar benar terhutang budi dan berterima kasih dengan presiden KKM, Pak Khalid yang sentiasa menghubungi kami sekiranya ada program yang boleh kami sertai. Kawan kawan sila support page KKM juga yer! Oh boleh tekan di sini, ye di situ ada linknya, tekan lah. 



Program ini berlangsung pada 30 November dan 1 December 2013 yang lalu. Walau bagaimanapun oleh kerana kesuntukan masa dan short of manpower kami hanya dapat hadir pada 1 December sahaja. Walaupun acara bermula pada jam 11 pagi, volunteers kami telah tiba seawal jam 9 untuk menyusun dan mengagihkan kerja kerja di booth kami. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Cuaca pun menyebelahi kami kerana pada hari tersebuut tidak terlalu panas. 

face painting atau conteng-conteng muka adalah aktivti paling ‘panas’ di booth kami. untuk pengetahuan kawan kawan, kami ada 3 orang cik adik yang comel, mempunyai bakat membuat face painting. setiap contengan akan dikenakan 5 ringgit dan terpulang kepada kawan kawan sekiranya mahu menderma lebih. semua bayaran untuk face painting masuk ke dana kami. face painting tidak terhad kepada kanak kanak sahaja. ada jugak cik akak, cik abang yang sangat sporting membenarkan kami menconteng muka mereka menjadi harimau, kucing cute dan sebagainya. terima kasih kepada mereka yang menyokong face painting kami. 




Seperti biasa kami akan ada kucing ataupun kitten untuk di berikan melalui proses adoption kepada pemilik baru. kucing dan anak kucing ini adalah kucing2 yang diselamatkan dari jalanan dan telah menerima rawatan sebelum dibawa untuk adoption. kami tidak ada adoption fee tapi kami amat amat berbesar hati sekiranya kawan kawan, tuan puan yang mahu mengambil kucing kami sebagai ahli keluarga baru untuk menderma seadanya. 




gambar di sebelah ini adik nienie. adik nienie dijumpai di foodcourt salah sebuah IPTS di selangor. adik nienie dijumpai berjalan2 tanpa ada ibu dan kelihatan lost. rescuer kami mengambil keputusan untuk membawa pulang dan membawa ke vet pada 3 hari berikutnya setelah semuanya tenang. adik nienie berada dalam keadaan kesihatan yang tiptop! dan dia adalah anak kucing yang paling naughty!  
ini Jimmy Boy dan Oren. diselamatkan oleh volunteer kami yang paling cute. Jimmy Boy dan Oren pernah berada di event putrajaya bulan september yang lalu. walau bagaimanapun nasib belum lagi menyebelahi mereka kerana masih belum bertemu dengan keluarga yang benar2 menyangi kucing berbulu pendek. rata rata yang bertanya kepada kami ‘ada tak kucing berbulu panjang’ atau ‘baka itu dan baka ini’. kawan kawan,  tuan puan, kucing kampung adalah yang paling unik kerana attitude dan personalitinya. jangan diskriminasikan kucing kampung hanya kerana mereka berbulu pendek. kenali mereka dan pasti tuan tuan, puan puan dan kawan kawan akan jatuh cinta. percayalah, kami sudah menyelamatkan pelbagai jenis baka kucing dari yang mahal hinggalah yang diimport, tetapi kucing kampung tetap di hati! 

Eh nanti kami akan berada di SACC Mall Shah Alam! marilah berjumpa dan beramah mesra~~



Kredit: Gambar dari Kak Po dan Encik Bull Terrier yang Terrer.

-Encik Memerangemok-



Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2013/12/scrat..



 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.