Go

Dilema Si Kucing Senior...

 


Assalammualaikum..Haii

Dalam banyak2 kucing yg korang ada berapa umur yg paling senior?? 10 thn??  12 thn??  15 thn??




Pic sekadar hiasan. Sumber: Google.com
Seperti manusiakucing juga mampu mencapai umur senior yang panjang apabila dijaga dengan baikwalaubagaimanapun bila dah namanya senior.. mcm2 la perubahan yg boleh berlaku.. sama ada dari segi fizikal ataupun mentalsungguhpun begitu.. selagi ada hayatnya harus la kita menjaganya dengan penuh kasih sayangtidak adil kiranya waktu ia muda kita sayang2 tp bila dah tua diabaikan…betul tak??

Bila usia makin meningkat (ada artikel yg menyatakan seawal 11 thn), memori, learning ability, awareness/alertness, pendengaran, penglihatan akan semakin berkurang. Ini menyebabkan berlaku perubahan pada pattern dan kekerapan mereka tidur dan juga aktiviti harian.

Kadangkala lupa akan habit kebiasaannya seperti lupa dan tercari2 bowl makanan atau bekas pasir kumbahannyaAda masanya bertindak agresif terhadap ownernya dan kucing lain yang tinggal bersama-samanya bukan sebab apa..tp mereka lupa!! Kesimpulannya..memahami keadaan mereka mampu membantu mereka utk cope dan adapt dengan situasi diri mereka itu selain mengurangkan kesakitan yg mungkin mereka hadapi tanpa kita sedari. 


Antara perlakuan yang kerapkali dilihat berlaku pada kucing senior:

Membuang najis di luar kotak kumbahannyaMembuang najis di tempat tidur atau di tempat ia makanKadang2 seperti tidak mengenali ahli keluarga dan pets yg serumah dengannyaSesat di tempat yg dia biasa Merenung satu2 objek atau ruang dengan lama (mcm blur2 atau lost)Berjalan atau merayap tanpa hala tuju walaupun di dalam rumah (mcm blur2 atau lost)Stuck/tak mampu untuk meloloskan diri daripada halangan (cthnya mengiau2 minta didukung apabila berhadapan dengan tangga)Kurang berminat untuk dibelai atau untuk berinteraksi, suka menyendiri Minta perhatian lebih, bergantung dan clingy pada ownerMalas untuk groom bulu dan membersihkan diri seperti selalu Kurang selera untuk makan Kurang berminat dengan perkara sekeliling (walaupun diajak bermain)Tidak betah/agitated Tidur tidak nyenyak, kerap terbangun di waktu malam Kadangkala menjadi sangat vokal berbanding biasa

Jika kucing senior kita ada menunjukkan tanda-tanda seperti di atassila lah segera ke vet untuk membuat pemeriksaan. Ini kerana mungkin ada antara perubahan2 itu merupa simptom untuk penyakit yang wujud akibat keadaan usia yang meningkat. Antara keadaan yang boleh kesakitan, ketidak selesaan dan menyebabkan limitasi pada pergerakkan ialah arthritis (sakit sendi), penyakit mulut dan gusi, disfungsi tiroid, kanser, gangguan pada pendengaran/penglihatan dan infeksi pada saluran urinari (termasuk kewujudan batu karang). Keadaan ini menjadi sebab mengapa kucing2 ini sangat sensitif pada sapaan dan sentuhan, menjadikan mereka moody dan seterusnya menjadi agresif. (Agresif ini bersebab – kucing tu memilih utk hissing atau menggigit untuk mengelakkan daripada disentuh kerana sakit, nak beredar atau lari dah x larat/malas/sakit).




Pic sekadar hiasan. Sumber: www.shannonspetsitting.net
Apa yg kita boleh bantu jika perubahan tingkah laku tidak disebabkan oleh sakit fizikal?

  Jika tiada masalah atau penyakit fizikal yang menjadi sbb perubahan tabiat dan perlakuan yg extreme ini..kebarangkaliannya ia disebabkan oleh aging of the braindi luar negara, ada vet yg akan prescribe ubat anti-anxiety..walaubagaimanapun aktiviti ini kami tak pasti adakah ia dilakukan di Malaysia atau tidak.

Sediakan bekas kumbahan tambahan di beberapa tempat..kekalkan bekas yg sedia ada di tempatnya tapi cuba letakkan bekas tambahan di tingkas atas/bawah rumah jika kucing itu menghadapi masalah untuk turun/naik tangga. Pastikan ianya accessible..almaklum kucing senior..x larat nak jalan jauh..mata pun kabur2..deria pon dah berkurangan, lagi2 kalau dah ada masalah memory loss..so jgn la letak di tempat yg tersorok.. Pemilihan bekas kumbahan pon perlu yg sesuai..kucing senior kadang kala ada masalah untuk melompat masuk dan keluar bekas..jadi pilihla bekas yg mempunyai ruang masuk yg rendah dan luas bukaannya..
Kekeliruan dan disorientation kerap dilihat pada kucing yg sangat senior..bahasa mudah..nyanyukjadi jgnlah kerap ditukar jenis makanannya/pasir litternya, bimbang ia akan menolak makanan/tidak mahu guna pasir tersebut..jgn diubah lokasi bekas makanan dan pasir kumbahannya juga..kekalkan keadaan yg biasa dan rutin padanyakalau keadaan distress masih ada..ada baiknya jika kucing ini dijaga pada satu ruang yang lebih kecil..bukan bermakna kita harus cage kan kucing ni tp memadailah dengan menghadkan pergerakkanya pada 1 floor saje dirumah anda atau menjaganya di dalam bilik. Ini memudahkan ia untuk mendapat access utk mknn dan pasir kumbahannya..so kurangla stressbila kurang stress tentu moodnya makin baik..kan..mcm uollss la..kalau dah nak terbuang air tapi x jumpa2 toiletharus korg stress kan..kan..silap2 terciritsama la keadaannya..
Ada banyak sebab mengapa wujud perubahan corak tidur.  Kucing mmg di anugerahkan night vision..bersifat nocturnal..common jika ia lebih aktive pada waktu mlm..tp  keadaan mungkin sedikit berbeza bila kucing itu dikategori senior. Perubahan pada deria mampu mengubah tahap lena tidur kucing sebenarnya. Peningkatan keperluan untuk membuang najis/kencing akibat organ dalam yg semakin menurun fungsinya ditambah dengan masalah nak mencari bekas pasir menyebabkan kucing kita busy di waktu malam. Apa yg kita boleh bantu..selain membuat seperti apa yg disarankan pada point ke 2 dan ke 3 seperti di ataskita boleh bermain dan menambahkan aktiviti mereka pada waktu siang..hakikatnya agak susahdah pasif, x berapa minat bermain tp tak salah mencuba..bila dah penat bermain siang,mereka penat maka lebih mudah untuk tidur dengan lena..tidur yang berkualitibila ditengok balik..seperti kita menjaga baby..kan.. Tapi anxiety juga boleh menyebabkan mereka menjadi restless dan tak reti diam pada waktu malam. Mereka bising diluar pintu, ada yg memanjat2 kepala, kneading di perut dan peha..sepertinya meminta perhatian kita. Kucing yg bukan diumur senior selalunya suka bermain sesama sendiri, berlari atau mencari adventure sendiri di rumahsebab tu kita selalu kene pijak time tidur..betul taksebab mereka bermain..Menunjukkan stress kita pada kucing yg sedia stress seperti ini dengan cara memarahi, menghukum atau mengurung mereka tidak akan menyelesaikan masalah. Fikirkan cara untuk kembalikan pattern tidur sicomel ini untuk mengurangkan gangguan di waktu malam. Ingat..penat bermain siang..malam tidurnya lena..Ada yg mengatakan cubaan menggunakan pheromone spray atau diffuser mampu membantu tapi ada juga yg komplen kaedah ini tidak berkesan pada kucing mereka..Ini menunjukkan penerima antara satu kucing dengan kucing yg lain adalah berbeza2..tapi tak salah kalau nak mencuba..kan

 P/S: Sayangilah kucing kita walau apapun keadaannya…tua, muda, sihat, sakit…kan..



Source: http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2014/08/dilem..



 

avatar

SCRATCH

SCRATCH's main mission is to rescue stray, abandoned, and abused cats and to find as many of them as possible new homes with loving owners once they have been treated/nursed back to health and spayed/neutered (aka speutered).

We realize that we cannot always be successful in finding homes for all of the cats that need one, so an associated goal is to minimize the stray cat population by capturing, speutering, releasing and managing those that we cannot find homes for.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.