Neutering Aid For 1 Cat In Kuala Lumpur (Mazlina Bt Muhammad Nors)
Tweet |
We have fully sponsored RM90 for the spaying of Labu.
From: nikishenoda
Date: 2016-07-18 20:12 GMT+08:00
Subject: Subsidi Pemandulan
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>
Dr Chan,
Saya Mazlina sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon bantuan subsidi pemandulan untuk Labu, kucing betina stray di kawasan perumahan saya. Pada mulanya, saya telah mencari keluarga baru untuk Labu dan anak-anaknya. Apabila anaknya telah putus susu, keluarga baru tersebut ingin meletak ibu semula di jalan.
Jadi sebelum diletakkan semula di jalan, saya telah mengambil keputusan untuk memandulkan si ibu dan meminta dr memotong sedikit telinganya. Dia akan dilepaskan semula ke jalan apabila luka bedah kering sepenuhnya.
Bersama dengan ini, saya melampirkan gambar Labu sebelum dan selepas pembedahan. Pembedahan terpaksa dilakukan dari sebelah kanan perut kerana dr memberitahu susunya masih bengkak.
Borang subsidi, resit asal beserta cop dan tandatangan dr telah dipos tengahari tadi untuk rujukan Dr Chan selanjutnya.
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kerana Dr Chan sudi membantu saya dan Labu.
Terima kasih,
Mazlina
Source: https://myanimalcare.org/2016/07/20/neutering-aid-for-1-cat-..
Tweet |
Facebook Comments