Go

Neutering Aid For 3 Cats In Sentul (Nor Azaniza Bt Mismans)

 


We have sponsored RM180 for the neutering of these 3 cats.









Selamat petang doktor,

Semoga doktor berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
      Saya Nor Azaniza bt Misman, telah memandulkan (neuter) tiga ekor kucing di veterinary clinic pada 26/08/2017 (sabtu). Tujuan saya  memandulkan kucing-kucing tersebut adalah untuk menyelamatkan  dan membela nasib kucing-kucing terbiar, teraniaya dan untuk kesihatan kucing tersebut. Untuk makluman doktor, kucing-kucing ini adalah kucing terbiar (stray) di kawasan rumah saya dan tidak mempunyai tuan. Ibunya juga adalah kucing terbiar dan saya berikan nama sebagai cantiq.
    Pada awalnya iaitu pada tahun 2016, ibunya datang di kawasan belakang rumah saya. Setiap hari,  saya berikan makanan. Tidak lama kemudian ibunya bunting dan melahirkan tiga (3) ekor anak. Ketiga-tiganya adalah betina iaitu Bubu, Snowiee dan Adiq. Saya letakkan di dalam kotak di kawasan belakang rumah saya. Selepas berpisah susu, saya telah memandulkan ibunya dan saya melepaskan di kawasan rumah saya. Setelah cukup bulan, anak-anaknya pula saya mandulkan  dan saya melepaskan di kawasan rumah saya sepertimana ibunya. Dan kini selepas beberapa hari dimandulkan  keadaan ketiga-tiga ekor kucing tersebut  berada dalam keadaan sihat dan cergas. Saya berharap dengan cara ini saya dapat membela nasib kucing-kucing terbiar ini dari terus membiak dan teraniaya.
    Saya banyak melihat di media sosial akan nasib-nasib kucing terbiar dengan kurus kering, sakit, kotor dan ada yang dianiaya oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan. Sedihnya hati ini hanya manusia yang mempunyai kasih sayang dengan binatang sahaja yang faham akan perasaan tersebut. Saya hanya dapat membantu sedaya apa yang saya mampu untuk menyelamatkan kucing-kucing yang terbiar.
    Bersama-sama ini dilampirkan gambar-gambar tiga (3) ekor kucing-kucing tersebut sebelum dan selepas pemandulan dilakukan dan resit bayaran pemandulan (nombor resit 00624) untuk rujukan pihak doktor. Resit asal akan saya pos ekspress dengan segera.
     Diharapkan permohonan tuntutan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak doktor. Keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh pihak doktor amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
Nor Azaniza Bt Misman



Source: https://myanimalcare.org/2017/09/07/neutering-aid-for-3-cats..



 

avatar

AnimalCare

AnimalCare is a registered society that promotes caregiving to street animals and helps in their neutering and medical needs. AnimalCare has a Medical Fund, Food Fund and Education Fund.

More Articles   |   Pets For Adoption   |   Website

Follow Me:TwitterFacebook



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2021, PetFinder.my. All rights reserved.