Go

Igauan Ngeri Iguana Akibat Sikap Tidak Bertanggung..

 




Igauan ngeri Iguana akibat sikap tidak bertanggungjawab pemilik haiwan eksotik ini. Animal Malaysia sedih dan kesal terhadap peminat haiwan eksotik yang ambil jalan mudah melempar dan membuang iguana ke semak-semak di tepian sungai apabila haiwan ini tidak lagi dikehendaki.

Pada asalnya ia dibeli di kedai peliharaan (Pet Shop). Apabila sudah besar ia dilemparkan di semak samun. Kini populasi Iguana berkembang biak dan ia bakal menerbitkan siri kisah kezaliman haiwan pada masa akan datang. Nasib haiwan eksotik bukan tempatan ini merempat di bumi Malaysia akibat tangan kejam pembelinya satu ketika dulu.

Rakaman gambar koloni Iguana ini dirakam oleh wakil Animal Malaysia yang turun memantau habitat Iguana liar yang dikenal pasti di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur. Ditempat gambar ini dirakam sahaja ada lebih kurang 10 ekor Iguana yang dapat dilihat keluar masuk semak.

Sudah tiba masanya setiap haiwan yang dibeli dari Pet Shop dimikrochip agar pemilik haiwan yang mengabaikan dapat dijejaki setiap kali berlaku siri penganiayaan begini.

Beberapa spesis Iguana tersenarai sebagai haiwan terlindung dan memerlukan permit memelihara dari PERHILITAN. Adalah dinasihatkan agar sesiapa yang tidak mahu memelihara spesis eksotik ini menyerahkan kepada PERHILITAN untuk tindakan lanjut dan tidak membuang Iguana di merata tempat.

Animal Malaysia berharap Kuala Lumpur tidak menjadi seperti di Florida Amerika Syarikat yang mana pihak berkuasa mengarahkan penduduk Florida membunuh Iguana dengan apa cara sekali pon akibat pembiakan tidak terkawal Iguana terbiar di taman-taman disebabkan dibuang pemilik.

Lokasi : Tebing Sungai di Kuala Lumpur

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.