Go

Tindakan Sebuah Kedai Haiwan Peliharaan Di Taman S..

 




Tindakan sebuah kedai haiwan peliharaan di Taman Suntex, Batu 9 Hulu Langat Selangor menyangkar kucing sakit dipertikai. Hari ini kucing dalam sangkar didapati mati dan terbiar di luar premis buat beberapa ketika.

Perbuatan begini jelas bertentangan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 iaitu kesalahan membiarkan haiwan menderita dalam kurungan dengan berpanas, tanpa makanan dan minuman dalam sangkar serta menjual atau mempamerkan haiwan sakit tanpa rawatan betul menggunakan khidmat veterinar bertauliah.

Premis penjualan haiwan tanpa kemudahan pendingin hawa dan tidak tertutup sudah tidak sesuai sekarang ini apatah lagi semenjak Malaysia memiliki Akta Kebajikan Haiwan 2015. Pengusaha kedai haiwan peliharaan seharusnya memiliki gelas penghadang berserta pendingin hawa bagi menjamin keselesaan haiwan yang tersimpan dalam premis dan boleh mengelakkan haiwan stress akibat pendedahan pencemaran bunyi dari jalan serta ketularan penyakit.

Sama-samalah kita lihat apakah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia berani dan mampu ambil tindakan terhadap pengusaha premis kedai haiwan peliharaan sebegini?

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.