Go

Burung Puchong Selandar Adalah Burung Kategori Tot..

 



Burung Puchong Selandar adalah burung kategori Totally Endangered. Team Animal Malaysia turun menyelamatkan spesis burung yang hanya bersisa beberapa ekor sahaja di negara ini.

Anak burung malang ini dijumpai tersangkut dalam kawasan semak di tepi sungai dalam dengan keadaan lapar dan tercedera.

Animal Malaysia menyerahkan burung ini kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) untuk tujuan rawatan, rehabilitasi dan urusan seterusnya.

Animal Malaysia mengingatkan kepada masyarakat supaya menghubungi PERHILITAN sekiranya menemui spesis haiwan liar sama ada dalam keadaan sihat atau tercederan supaya bantuan dapat dihulurkan kepada haiwan liar tersebut.


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/4667943841588..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.