Go

Budaya Pemakanan Daging Anjing Dan Kucing Semakin ..

 



Budaya pemakanan daging anjing dan kucing semakin menjadi-jadi di negara ini semenjak kemasukan pendatang asing dari China dan Vietnam.

Pada tahun 2017 dan April 2018 Animal Malaysia beberapa kali mendedahkan aktiviti penjualan daging anjing dan kucing di pasaran terbuka di Johor dan selangor. Namun amat malang apabila penjualan untuk makanan daging anjing dan daging kucing bukanlah satu kesalahan dalam mana-mana akta di Malaysia. Ia sebaris dengan penjualan daging lembu, kambing, arnab, rusa, landak dan beberapa daging haiwan liar lain yang dimakan dengan kebenaran dan permit pihak berkuasa.

Tidak ada apa-apa peruntukkan kesalahan sebenarnya yang melarang pemakanan daging anjing dan daging kucing melainkan kesalahan mematikan haiwan peneman ini dengan cara tidak berperikemanusiaan seperti membakar, merebus mengetukn, memukul dan menyiat secara berulang-ulang dalam keadaan haiwan masih hidup. Jika cara pembunuhannya begitu. Ia barulah bertentangan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Animal Malaysia telah lama menyarankan agar satu usaha pindaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 dilakukan dengan memberi penjelasan garis panduan jenis haiwan yang salah untuk dijadikan makanan.

Secara dasarnya jelas kita fahami bahawa haiwan dijadikan penciptaannya dengan beberapa fungsi antaranya :

1. Haiwan sebagai makanan

2. Haiwan sebagai tunggangan

3. Haiwan sebagai peneman

4. Haiwan sebagai hiasan

5. Haiwan sebagai peliharaan

Justeru anjing dan kucing bolehlah diklasifikasikan dan diiktiraf sebagai haiwan peneman dan peliharaan dan tidak sesuai sebagai haiwan makanan ditambah pula ianya bukan budaya pemakanan masyarakat Malaysia.

Animal Malaysia menggesa pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia mengambil langkah segera mengenai konflik isu memakan anjing dan kucing ini bagi mengelakkan lebih banyak perbuatan kezaliman berlaku apabila mematikan dua kategori haiwan ini. Tentunya tanpa garis panduan penyembelihan. Kaedah pembunuhan akan lebih sadis dan mengerikan seperti pembunuhan anjing untuk dimakan yang pernah berlaku di Desa Coafield Sungai Buloh Selangor tahun lalu.

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/04/353317/horror-vietnamese-couple-discovered-selling-dog-meat-johor-baru


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2391372204436..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.