Go

Sikap Kau Pun Macam Binatang...

 


Pembunuhan dua anak anjing secara pukul dengan kayu, hempas ke lantai dan cekik hingga mati di Kampung Gombak Utara, Batu 11, Gombak Selangor semalam perlu diselesaikan segera. Animal Malaysia mengharapkan keadilan ditegakkan terhadap dua anak anjing yang dibunuh oleh pelaku kejam ini. Siri keganasan, kezaliman dan pembunuhan haiwan tanpa sebab munasabah semakin meruncing berlaku di negara ini. Pelaku perlu ditangkap segera, disiasat dan didakwa di mahkamah.

Malaysia memiliki Akta Kebajikan Haiwan 2015. Masyarakat pencinta haiwan yang menemui perbuatan zalim dan penganiayaan haiwan dimohon tidak melindungi pesalah kezaliman haiwan. Laporkan kepada pihak berkuasa. Jika takut keselamatan diri dan tidak memahami prosedur undang-undang. Boleh dapatkan bantuan Animal Malaysia.

http://bit.ly/2ZouwY1



IBU anjing serta empat ekor anaknya berumur dua bulan bukan sahaja dipukul dengan kayu, malah dicekik dan dihempas ke tanah sehingga menyebabkan dua anak haiwan itu mati di Kampung Gombak Utara, Batu 11, Gombak, semalam.

Source: https://bit.ly/2ZouwY1



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.