Go

Segalanya Mungkin Ya, Itulah Semangat Dan Kerjasam..

 




Segalanya mungkin! Ya, itulah semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh ketua masyarakat dan pelbagai jabatan kerajaan di Daerah Tanjung Manis dalam usaha menyokong WWF-Malaysia untuk membersihkan pantai Belawai baru-baru ini.

Belawai merupakan habitat yang penting untuk lumba-lumba Irrawaddy atau lebih dikenali sebagai empesut.

Kumpulan sukarelawan yang dihadiri seramai 60 orang berjaya mengumpulkan 419.70 kg sampah hanya sepanjang 500 meter pantai! Kategori sampah yang dikutip kebanyakkannya adalah plastik. Sumber sampah dikenal pasti berpunca dari jenis sampah hanyut, sampah buangan pelancong dan orang awam.

Pantai merupakan khazanah hak milik semua. Tanggungjawab menjaga kebersihan pantai supaya bebas dari pencemaran harus disemai dalam jiwa, dan dipraktikkan dalam amalan harian kita.

#pembersihanpantai #pencemaranplastik #pemuliharaanlaut #selamatkanlautkita #pantaikitasampahkita

#beachcleanup #plasticpollution #oceanconservation #saveourocean #togetherpossible #SDG14

#wwfmy #sarawak #tanjungmanis #belawai

Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.159457438241/1015870..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.