Go

Setelah Setahun Menanggung Azab. Akhirnya Kesengsa..

 




Setelah setahun menanggung azab. Akhirnya kesengsaraan seekor anjing yang diikat dawai dibahagian perut dan punggung dapat dihentikan. Berakhirnya kesakitan anjing yang dianiaya hasil tangan penzalim yang tidak berakal di kawasan Tesco Nilai Negeri Sembilan. Luka dalam, koyak bahagian perut dan kemaluan terjojol keluar antara kesengsaraan Anjing Dawai selama ini.

Operasi menyelamat anjing yang diberi nama ‘anjing dawai’ dilakukan sekumpulan team penyelamat ditubuh khas dengan kerjasama Animal Malaysia. Operasi tuntas dawai seharian semalam dan berakhir jam 4.30 pagi tadi setelah Anjing Dawai berjaya masuk ke dalam perangkap anjing.

Animal Malaysia mengucapkan terima kasih kepada para rescuer terdiri daripada Saudara Ashraf, Saudara Narin, Saudara Jebat, Cik Mya Nimo dan rakan-rakan lain atas kerelaan membantu misi tangkapan Anjing Dawai.

Terima kasih juga kepada Doktor Veterinar Dr. Alia Azri dan Pembantu Veterinar Nor Intan Izaidah dari Klinik Veterinar Putra Nilai Negeri Sembilan yang turut sama bantu di lapangan.

Shelter Furrykids Safeheaven kendalian rescuer Saudari Liza Shariff di Seremban Negeri Sembilan sudi tawarkan khidmat rawat, jaga dan urus luka hingga sembuh selama beberapa bulan serta pemandulan.

Anjing Dawai dizalimi dan disakiti berbulan-bulan tanpa diketahui siapa pelakunya. Animal Malaysia percaya mesti ada individu yang ada maklumat mengenai pelaku bodoh dan kejam mengikat dawai pada perut Anjing Dawai. Jika tahu jangan takut hubungi Animal Malaysia.

Animal Malaysia mengajak rakyat pencinta haiwan bantu seorang sedikit untuk kos rawat, kos mandul, kos makanan dan penjagaan serta kos-kos diperlukan Anjing Dawai.

Tolong bantu Anjing Dawai Tesco. Cukup RM3,000.00 jumlah kutipan akan diserahkan kepada Shelter Furrykids Safeheaven yang akan uruskan Anjing Dawai hingga sihat. Bantuan seorang sedikit boleh memberi kehidupan selesa dan bahagia terhadap Anjing Dawai.

Bantuan kewangan boleh dikumpulkan ke akaun :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Reference : ANJING DAWAI

Dah bank in atau transfer. Sila whatsapp ke +601120901097 untuk kemaskini. Resit sumbangan boleh juga tepek di ruangan komen untuk pengesahan.

Terima kaseh rakyat Malaysia kerana perihatin terhadap nasib Anjing Dawai.

#stray #straydog #dog #cruelty #animalcruelty #stopanimalabuse #saveourdogs #saveouranimals #animals #animalmalaysia #malaysiaanimal #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.