Go

Terima Kasih Diucapkan Kepada Kelab Alam Sekitar S..

 


Terima kasih diucapkan kepada Kelab Alam Sekitar Suria Lestari SK Taman Suria kerana mengambil bahagian dalam Program Anak Angkat kami :) Semoga Suria membesar dengan sihat, dan kembali bertelur di Sg. Kemaman!

#terrapin #saveturtles #nonprofit #conservation



Tidak terlambat rasanya bagi admin untuk mengucapkan selamat tahun baharu 2020 kepada pengunjung setia laman Facebook Suria Lestari SK Taman Suria.

Terima kasih diucapkan kepada Swcorp Negeri Johor kerana telah menyumbangkan bahan publisiti seperti poster, risalah dan buku panduan berkaitan pengurusan sisa pepejal kepada pihak sekolah Sek Keb Taman Suria semasa cuti sekolah.

Tidak juga dilupakan kepada pihak PETRONAS kerana membekalkan pihak sekolah dengan 6 buah Modul Plastik, Kelestarian & Anda (Edisi Sekolah Rendah) serta bahan media kepada kami.

Insya-Allah, kesemua bahan ini akan kami manfaatkan untuk program pendidikan dan kesedaran bagi warga sekolah kelak.

Terima kasih juga diucapkan kepada warga Komuniti Taman Scientex, Pasir Gudang, kerana setia menyumbang bahan kitar semula semasa bermulanya cuti persekolahan sehingga ke hari ini. Terima kasih kerana menyokong 100% program sekolah. Moga ikatan ukhuwah dan silaturahim kita sentiasa erat di samping istiqamah menjaga kelestarian alam sekitar.

Untuk permulaan bagi tahun baharu 2020 ini, pihak kelab telah membuat sumbangan kepada Turtle Conservation Society of Malaysia untuk Program Anak Angkat Tuntung. Tuntung tersebut telah diberi nama Suria bersempena nama Sek Keb Taman Suria. Semoga masa hadapan penyu ini kelak secerah suria pagi.

Marilah kita sama-sama berusaha agar ekosistem di Malaysia kekal lestari beserta kepelbagaian biodiversiti flora dan fauna. 🇲🇾

Source: https://www.facebook.com/lestariskts/photos/a.76961074342042..



 

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website

Follow Me:Facebook



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2021, PetFinder.my. All rights reserved.