Go

Lagi Kes Serangan Anjing Jalanan Hingga Mendatangk..

 




Lagi kes serangan anjing jalanan hingga mendatangkan cedera teruk telah berlaku. Kes ini adalah kes terbaharu dan merupakan kes ketiga selepas insiden di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Sabah.

Kali ini kejadian malang menimpa adik Parvinder Mejia Singh seorang pemegang kad OKU Masalah Pembelajaran (Autisme) berusia 10 tahun berlaku di jalan hadapan kediamannya di Taman Kandan Baru, Puchong Selangor. Adik Parvinder Singh adalah dari kalangan keluarga orang susah.

Ketika kejadian adik Parvinder bersendirian duduk di hadapan rumah manakala beberapa keluarganya berada dalam rumah. Secara tiba-tiba anjing yang sentiasa berkeliaran di sekitar kediamannya menyalak dan menerkam adik Parvinder.

Tangan kiri adik Parvinder koyak dan terbelah teruk disekelilingnya. Antara kesan luka lain adalah di belakang bahu, beberapa bahagian tubuh dan peha.

Anjing yang menyerang adalah anjing jalanan yang sering berada di kawasan kediaman rumah Adik Parvinder.

Rawatan intensif telah diberikan kepada adik Parvinder sepanjang seminggu keberadaannya di wad hospital di ibu negara.

Animal Malaysia rasa terpanggil untuk bertanggungjawab membantu adik Parvinder dan masalah seekor anjing jalanan yang telah menyerang dan mencederakan adik Parvinder.

Rakyat Malaysia diajak untuk sama-sama mendoakan supaya adik Parvinder akan terus bersemangat selepas trauma terhadap insiden serangan anjing garang jalanan.

#stray #serangananjing #dogs #straydogs #strayanimals #animals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.