Go

Gotong-Royong Bersama RELA

Pada 26 Februari 2020, seramai 21 orang anggota RELA daerah Kemaman bersama-sama dengan pihak TCS dan wakil KRT Kg Pasir Gajah, En. Afzalizan Awang Hamat telah bergotong – royong membersihkan Pusat Penetasan Tuntung Kg Pasir Gajah dan kawasan sekitarnya.

Program gotong-royong ini dimulakan dengan sedikit taklimat dan penerangan daripada pihak TCS, Dr. Chen mengenai tuntung, diikuti dengan lawatan ke galeri dan kolam tuntung. Mereka turut disajikan dengan sedikit jamuan, dimasak oleh seorang penduduk kampung Pasir Gajah.

Sebelum program ini berakhir, anggota RELA dibawa melawat tapak bagi perlepasan tuntung pada 21 Mac 2020 (info lanjut akan dimaklumkan nanti). Mereka juga diberi peluang awal melepaskan anak tuntung di sungai. Ini kerana pada hari kejadian, anggota-anggota RELA ini akan bekerja serta membantu pihak TCS bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar.

Source: https://www.facebook.com/TurtleConservationSocietyofMalaysia..

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website

Follow Me:Facebook

Facebook Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2021, PetFinder.my. All rights reserved.