Go

Repost Perhilitan_malaysia. Kes Tangkapan Melibatk..

 




#Repost @perhilitan_malaysia

• • • • • •

[KES TANGKAPAN MELIBATKAN PELBAGAI SPESIES KURA-KURA EKSOTIK, JOHOR]

Pada 23 April 2020, sepasukan kakitangan penguatkuasaan Jabatan PERHILITAN Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis kediaman di Johor Bahru, Johor. Hasil pemeriksaan telah menemui pelbagai spesies kura-kura yang merupakan spesies eksotik.

Seorang wanita telah ditahan bagi membantu siasatan kerana memiliki hidupan liar tanpa lesen dan permit khas yang sah daripada Jabatan PERHILITAN.

Kes disiasat di bawah Seksyen 60 dan Seksyen 68 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Jabatan PERHILITAN juga ingin memberi amaran keras kepada mana-mana individu sama ada warga tempatan atau warga asing yang menyimpan dan memiliki hidupan liar tanpa kebenaran daripada Jabatan PERHILITAN agar berhenti melakukannya serta-merta atau menghadapi tindakan undang-undang.

Source: https://www.facebook.com/TurtleConservationSocietyofMalaysia..



 

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website

Follow Me:Facebook



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2020, PetFinder.my. All rights reserved.