Go

Kucing Ini Dinamakan 'Kucing Leher' Akibat Sebelah..

 




Kucing ini dinamakan ‘Kucing Leher’ akibat sebelah leher luka parah yang dalam seperti kesan potongan. Kesengsaraan Kucing Leher telah lama berdasarkan luka yang dialaminya makin membusuk dan bernanah.

Kucing Leher diselamatkan di Apartment Sri Begonia, Bandar Puteri Puchong, Selangor. Kerja menyelamat Kucing Leher adalah untuk siasat adakah terdapat unsur khianat dan penganiayaan terhadapnya berdasarkan luka parah yang dialaminya.

Kini Kucing Leher diberikan bantuan rawatan di vet dan Animal Malaysia telah dapat penanggungjawab yang sudi terima tugas merawat dan menjaga Kucing Leher sehingga sembuh. Seterusnya Kucing Leher akan dimandulkan setelah benar-benar sihat sebelum dibuka untuk adoption atau dilepaskan kembali di tempat asal dia ditemui.

Sebagai membantu meringankan bebanan penanggungjawab yang sudi hulur khidmat mengambil tugas pelihara dan rawat Kucing Leher. Animal Malaysia mahu kumpulkan RM1,000.00 untuk diberikan kepada penanggungjawab untuk bayaran kepada Vet, makanan selama 3 bulan, pemandulan dan selebihnya perbelanjaan rawatan pemulihan sehingga Kucing Leher benar-benar sembuh.

Animal Malaysia mengajak masyarakat pencinta haiwan bantu seorang sedikit supaya kerja membantu haiwan dianiaya dan dizalimi dapat diteruskan. Bantuan untuk Kucing Leher boleh disalurkan ke akaun :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Reference : ‘Kucing Leher’

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.