Go

Dakwaan Saudari Maria Bocey Bahawa Dua Ekor Kucing..

 




Dakwaan Saudari Maria Bocey bahawa dua ekor kucingnya dibunuh kejam bukan hal yang ringan. Seekor dipukul mati hingga berdarah dan seekor diracun mati oleh sepasang suami isteri merupakan satu jenayah kezaliman haiwan.

Kejadian di Kampung Syed Omar, Kangar Perlis ini adalah perbuatan penganiayaan kucing paling kejam tahun ini.

Memviralkan di Facebook tidak memberi keadilan. Maria Bocey digesa untuk buat satu laporan polis dengan menamakan pelaku yang dikenalinya supaya pihak berkuasa dapat menguatkuasa Akta Kebajikan Haiwan 2015 untuk hukum pelaku tersebut.

Jika Maria Bocey perlu bantuan khidmat rundingan mengenai laporan. Boleh whatsapp hotline Animal Malaysia +601120901097.

Sebagai pemilik haiwan peliharaan yang dibunuh kejam oleh sepasang suami isteri pengganas haiwan yang dikenalinya. Maria Bocey perlu tegakkan keadilan untuk haiwan yang dianiaya kejam ini.

Pembunuhan haiwan bukan hal yang boleh diambil mudah. Bersama tegakkan keadilan untuk haiwan dizalimi!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.