Go

Telur Penyu Lazimnya Mengambil Masa Selama 45-60 H..

 




Telur penyu lazimnya mengambil masa selama 45-60 hari untuk menetas; dan tempoh tersebut bergantung kepada suhu pengeraman. Tempoh penetasan akan lebih pendek jika suhu pengeraman lebih tinggi. Semasa menetas, anak penyu akan menggunakan ‘egg tooth’ untuk mengoyakkan kulit telur.

.

Setelah menetas, anak tetasan akan merangkak ke gigi air dan mengalami proses peneraan (imprinting). Proses ini amat penting dimana anak tetasan akan mengingat ciri-ciri pantai kelahiran dan akan kembali semula untuk bertelur apabila dewasa kelak (natal homing). Kebanyakan penyu mengambil masa 20-30 tahun untuk mencapai umur matang dan membolehkan mereka untuk bertelur.

.

Telur penyu harus dibiar tetas. Beli jangan, makan pun tidak. Berikan mereka peluang untuk hidup.

.

#PenyuPower

Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.159457438241/1015990..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website

Follow Me:TwitterFacebookYouTube



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2021, PetFinder.my. All rights reserved.