Go

Animal Malaysia Puji Tindakan Kementerian Pendidik..

 




Animal Malaysia puji tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia dan berterima kaseh kepada Dewan Bahasa dan Pustaka yang mula membuka pintu dan dasar terbuka memasukkan peranan NGO dan elemen kebajikan haiwan dalam subjek buku teks sekolah di peringkat menengah.

Ini merupakan satu penanda aras yang baik untuk mencapai darjat sebuah negara celik Dasar Kebajikan Haiwan dan Hak Haiwan apabila pelajar sekolah mula didedahkan kepada kerja kemanusiaan berkaitan haiwan.

Terima kaseh diucapkan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana menjadikan dan memilih Persatuan Haiwan Malaysia sebagai icon dan medium kebajikan dan kemanusiaan terhadap haiwan dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan 4 seluruh negara.

Ia satu permulaan yang baik dan selepas ini diharapkan sukatan pelajaran ini diperluaskan kepada Subjek Pendidikan Islam demi mengimbangi pengetahuan berkaitan haiwan dapat dicapai oleh semua bangsa dan agama di Malaysia.

Malaysia sedang menuju ke arah celik Dasar Kebajikan Haiwan dan Hak Haiwan supaya kadar penderaan, kezaliman, penganiayaan dan pengabaian haiwan dapat dikurangkan secara total selari dengan kemajuan negara ini.

Itulah matlamat dan impian Animal Malaysia. Bekerja lebih keras lagi untuk mencapai matlamat dan objektif penubuhan Animal Malaysia.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.